Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Saturday, November 8, 2008

MeNyingKap SeRiBu MaKnA...

KEMBARA HIDUP

Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup didunia ini,
Yang selama ini sering disalah erti,
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Kumusafir kepelusuk dunia,
Memerhatikan gelagat manusia,

Ada yang gembira hingga terlupa,
Ada yang berduka tetapi gembira,

Terasa lelah menempuh,
Jalanan beronak duri
Segala sesatan para du’at
Sehingga punca hilang dimata,

Kuturutkan jua hati yang buta,
Kupasrahkan padaMu Tuhan,
Segala yang akan berlaku,
Kerana Engkaulah penentu segala.

Menciptakan dunia penuh pancaroba,
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah,
Kau pimpinlah langkahku Tuhan,
Agar tidakku kesesatan dari jalan syurgaMU yg kuidamkan,

Kerana tidakku terdaya menahan seksa Neraka,
Layakkah pula aku untuk ke Syurga,
Kuhanya hamba,
Yang diciptakan dengan kelemahan,

Sehingga kuterlupa,
Sering jua daku terleka,
Dengan rahmatMu,
Yang melimpah didepan mata.

<<De Hearty>>


No comments: