Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Tuesday, November 24, 2009

PSM..........

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah,hari ini 23hb sy bru selesai present projek thn akhir...huhuhu,xthu nk btau mcmner,hanya ALLAH saje yg thu,leganya rasa hati ini.Sudah berhari2,berminggu2,bertungkus lumus menyiapkn projek berkenaan,sehinggalah tiba saat2 akhir,nak bt preparation tuk present pd keesokannya pun xbrpe sempat kerana malam itu jg bru selesai menyiapkan slide tuk dipresentkan pada keesokannya.Ini kerana pembetulan perlu dilakukan pada saat2 akhir.

Apa tidaknya,bukan hanya sibuk memikirkan untuk presentation pada esok harinya,tetapi sibuk juga menyiapkan thesis yang banyak pembetulan perlu dilakukan.Owh,amat letih memikirkannya. Hanya padanya tempat mengadu,DIA yang memahami segalanya.Saya rasakan seperti dikejar sesuatu tpi xdapat berlari!!!!!!!!letih dan penat xboleh dijadikan penyebab untuk berhenti separuh jalan.Atas dorongan semua terutama keluarga dan shabat terdekat,sy kuatkan semangat,walau ape berlaku,perjuangan dan usaha perlu diteruskan hingga saat2 terakhir,selepas itu serahkan padaNYA Yang Maha Berkuasa.

Sungguh,demi menyiapkan projek tersebut,banyak pengalaman bernilai yang saya tempuhi.Dengan kesilapan projek pada saat2 akhir membuatkan hati resah gelisah,kerana SV sendiri mengesyorkan untuk meneruskan PSM II pada semester hadapan Sedih hati ni menerima cadangannya.Walaupun semester hadapan msih meneruskan pembelajaran diUMP,namun amat diharapkan PSM dapat dilepasi supaya pemfokusan dapat dilakukan pada 2 subject yang wajib diambil akan datang.

Mengikut jadual,panel saya pada hari tu ialah en rosman,en fadhil dan en nik yang terkenal dengan soalannya yang dot dot dot.....Bila disebut aje en nik,mesti semua dah muka lain.huhu.Tapi kita hanya mampu, perancangan ALLAH juga yg berlaku,saat2 akhir,en nik ada hal,ditukarkan dengan en badaruddin!!!!!.Itu lecturer kesayangan saya.heheh....Bukan hanya melegakan hati, tpi semakin membuatkan hati ini gembira dan bertambah yakin serta tidak gelabah kerana sudah biasa dengan en badar tu.

Syukur kehadratNYA,walaupun banyak juga tersasul dalam 'speaking', tpi agak memuaskan juga sebab berjaya menerangkan dengan lancar setiap yg dilakukan.Ini semua atas berkat pertolongan dariNYA.Amin.

Doakan semoga saya mendapat A subjek ini...AMIN YA RABB!!!!!!!!!!!!!( ucapan dalam movie ketika cinta bertasbih).

"Ketika kamu merasakan tertekan,terlalu sibuk,masa tidak cukup,kehabisan idea, keseorangan menghadapi semua perkara....Sebenarnya ALLAH sentiasa bersama kamu,diberinya sedikit kesusahan supaya kamu menghargai dan bersyukur dengan kejayaan yang datang,diberinya sedikit tekanan supaya kamu tidak lupa padaNYA,diberinya sedikit kebuntuan supaya kamu sentiasa bergantung harap kepadaNYA YA ALIM,Yang Maha Memiliki Ilmu,diberikan semua ini supaya lebih banyak manfaat yang kamu dapat kerana semakin banyak masalah,semakin banyak jalan penyelesaian yang dicari,dalam proses mencari penyelesaian,itulah proses bernilai yang sukar untuk dicari.Sebenarnya ia lebih bermakna daripada apa yang kita sangkakan"

Terima kasih semua.

Wednesday, November 18, 2009

Alhamdulillah...pertolonganNYA sgt dekat.

Bismillahirrahmanirrahim.......

Alhamdulillah,sy bru selesai paper last tuk final sebentar tadi,12tghri. Tak tahu ape perasaan saya sekarang.Hendak dikatakan gembira,tidak jugak.Hendak dikatakan sedih,tidak jugak tapi seakan2 hati ini merintih,sedang menangis didalam.Alhamdulillah,bersyukur sgt kehadratNYA kerana pertolonganNYA amat dekat pada hambaNYA jika kite menaruh sepenuh harapan padaNYA.

Jam 9 pagi,paper IC bermula,setelah menulis nama dan apa yang diperlukan pada kertas jawapan, dengan lafaz bismillah dan doa yang menjadi kebiasaan sebelum menjawab exam dibacakan. Satu soalan ke satu soalan dijawab,dan menjadi kebiasaan juga ,bila xpasti @ xtahu,akan ditinggalkan dulu dengan ruang kosong untuk jawapan.Ya ALLAH,sampai satu soalan yang memang saya pernah hafal tapi xsempat untuk dilihat pada kali ini. Dah lama saya tgk nota berkaitan itu,tpi sewaktu nak exam ni,xsempat nak ulangkaji semula.Hanya terbayang bentuk gambarrajah saja.Itupun tidak pasti,betulker anak panah dia ni?apa isi kat dalam ni?macamne nak huraikan ni?idea xdatang YA ALLAH...Hatiku mula rungsing,sdh bnyk yg ditinggalkan kosong,tpi yg ni markah agak bnyk.Hati mula berbisik,tringt buku yg ditulis oleh seorg profesor yg cukup sy kagumi,Prof Madya Wan Maseri bt Wan Mohd,hayatilah nama2 ALLAH dan memohonlah dengannya.InsyaALLAH,ada sesuatu disebaliknya.

"Hanya milik ALLAH asma-ul husna,maka bermohonlah kepadaNYA dengan menyebut asmaa-ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam(menyebut) nama-namaNYA.Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Al-A'raaf:80)


YA ALLAH, YA AZIZ, yg maha perkasa,Engkau berkuasa dalam melakukan sesuatu.YA ALLAH,engkau yg menghimpunkan manusia dipadang mahsyar nanti,himpunkanlah YA ALLAH ilmu dan maklumat yang hilang padaku.Dengan penuh pengharapan,hati ini berbisik padaNYA.

Astagfirullahalazim,pertolonganNYA sgt dekat,dgn tiba2,satu2 isi yg berada didalam kotak gambarrajah keluar,dan tangan ini semakin rancak menulis.Alhamdulillah,saya dapat menulis sedikit sebanyak isi yg hadir ,begitu jg dgn soalan2 lain,petunjuk dariMU membuatkan aku tidak meninggalkan kosong setiap soalan yang diberikan walau masa untuk menjawab semakin hampir tamat dengan banyak soalan lagi xterjawab. ALLAH memberi ketenangan untuk menulis tanpa menhiraukan mereka yg sdh selesai menjawb.Bila diletakkan kebergantungan sepenuh harapan padaNYA,InsyALLAH,dia pasti menolong kite. Ape yg penting usaha mesti didahulukan,kemudian serahkan segala2nya pada DIA yg berkuasa.

"Ya Allah,sesungguhnya aku menitipkan apa yang aku baca,faham,dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa diatas segala sesuatu."

Tuesday, November 17, 2009

Kembali...

Assalamualaikum....

sudah lame xbuka blog sy ni,boleh dikatakan mcm xder blog jer...hihi..ntah kenapalah hari ni tiba teringat kt blog nih...kesian jgk kt dia,dh lme ditinggalkn,jdi tulis ckit kt cini. Sy skrng ni sbnrnyer tgh duk stdy IC(intelligent control),sok ada last paper ni tuk final exam bg sem 8 brada di UMP. Wah...dah lame rupenyer sy duk cini. Cepatnyer mse berlalu,amat rugi jika xder pape yg dpt disumbgkn spnjg brd di Universiti tersyng ni. :) .Alhmadulillah...walaupun byk ringtangn dan dugaan serta ujian brd disini,tpi semuanye sy rasekn berbaloi,sbb DIA sentiasa mmberi yg terbaik atas stiap yg kite hadapi/lalui.

Sebenarnyer,sekarang sy pun duk tgh pening dgn PSM(projek sarjana muda),tuk bdk2 thun akhir. Ape tidaknyer,tgh2 stdy,tringt psm yg xdpt result lgi ni,xthulh nk bt mcmner.sekarang sy tgh bt analisi result,sbb result mcm pelik cikit.Nanti bila present,habislh kene bantai ngan panel. So,penyelesaian kene cri secepat mungkin.

23hb ni,tarikh yg dinnti....harap2 semua berjalan lancar...(present & demo PSM)

k,insyaALLAH...lps2 ni sy akan selalu coretkan sesuatu disini.k semua,wassalam ;)