Alhamdulillah,hari ini 23hb sy bru selesai present projek thn akhir...huhuhu,xthu nk btau mcmner,hanya ALLAH saje yg thu,leganya rasa hati ini.Sudah berhari2,berminggu2,bertungkus lumus menyiapkn projek berkenaan,sehinggalah tiba saat2 akhir,nak bt preparation tuk present pd keesokannya pun xbrpe sempat kerana malam itu jg bru selesai menyiapkan slide tuk dipresentkan pada keesokannya.Ini kerana pembetulan perlu dilakukan pada saat2 akhir.
Apa tidaknya,bukan hanya sibuk memikirkan untuk presentation pada esok harinya,tetapi sibuk juga menyiapkan thesis yang banyak pembetulan perlu dilakukan.Owh,amat letih memikirkannya. Hanya padanya tempat mengadu,DIA yang memahami segalanya.Saya rasakan seperti dikejar sesuatu tpi xdapat berlari!!!!!!!!letih dan penat xboleh dijadikan penyebab untuk berhenti separuh jalan.Atas dorongan semua terutama keluarga dan shabat terdekat,sy kuatkan semangat,walau ape berlaku,perjuangan dan usaha perlu diteruskan hingga saat2 terakhir,selepas itu serahkan padaNYA Yang Maha Berkuasa.
Sungguh,demi menyiapkan projek tersebut,banyak pengalaman bernilai yang saya tempuhi.Dengan kesilapan projek pada saat2 akhir membuatkan hati resah gelisah,kerana SV sendiri mengesyorkan untuk meneruskan PSM II pada semester hadapan Sedih hati ni menerima cadangannya.Walaupun semester hadapan msih meneruskan pembelajaran diUMP,namun amat diharapkan PSM dapat dilepasi supaya pemfokusan dapat dilakukan pada 2 subject yang wajib diambil akan datang.
Mengikut jadual,panel saya pada hari tu ialah en rosman,en fadhil dan en nik yang terkenal dengan soalannya yang dot dot dot.....Bila disebut aje en nik,mesti semua dah muka lain.huhu.Tapi kita hanya mampu, perancangan ALLAH juga yg berlaku,saat2 akhir,en nik ada hal,ditukarkan dengan en badaruddin!!!!!.Itu lecturer kesayangan saya.heheh....Bukan hanya melegakan hati, tpi semakin membuatkan hati ini gembira dan bertambah yakin serta tidak gelabah kerana sudah biasa dengan en badar tu.
Syukur kehadratNYA,walaupun banyak juga tersasul dalam 'speaking', tpi agak memuaskan juga sebab berjaya menerangkan dengan lancar setiap yg dilakukan.Ini semua atas berkat pertolongan dariNYA.Amin.
Doakan semoga saya mendapat A subjek ini...AMIN YA RABB!!!!!!!!!!!!!( ucapan dalam movie ketika cinta bertasbih).
"Ketika kamu merasakan tertekan,terlalu sibuk,masa tidak cukup,kehabisan idea, keseorangan menghadapi semua perkara....Sebenarnya ALLAH sentiasa bersama kamu,diberinya sedikit kesusahan supaya kamu menghargai dan bersyukur dengan kejayaan yang datang,diberinya sedikit tekanan supaya kamu tidak lupa padaNYA,diberinya sedikit kebuntuan supaya kamu sentiasa bergantung harap kepadaNYA YA ALIM,Yang Maha Memiliki Ilmu,diberikan semua ini supaya lebih banyak manfaat yang kamu dapat kerana semakin banyak masalah,semakin banyak jalan penyelesaian yang dicari,dalam proses mencari penyelesaian,itulah proses bernilai yang sukar untuk dicari.Sebenarnya ia lebih bermakna daripada apa yang kita sangkakan"
Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment