Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Friday, December 25, 2009

kembali ke ump


Alhamdulillah...semalam dalam jam lebih kurang 6.30 petang sy dan nur selamat sampai di terminal kuantan.Kami bertolak sebnarnya jam 1 ptg ttpi disebabkan ada masalah,bas sampai dalam lebih kurang jam 1.55 ptg.

Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum start kuliah pada sem ni.Salah satunya sy kene dapatkan pengesahan perakuan daripada PA mengenai pndaftran subjek.Kemudian,mengikut perancangan,sy ingin memohon untuk kerja di pejabat pentadbiran fkee di pekan,jadi perlu bt resume dan ambik borang permohonan disana.InsyaALLAH,hari Isnin ni jika dayah jadi pergi pekan,bole terus hntr resume dan isi borang disana.Dalam pada itu,sy juga tgh menunggu masa appointment dgn salah seorang SV yg memerlukan student tuk bekerja.Harap2 segala urusan dipermudahkanNYA.

Sebelum kuliah pada semester ini bermula,antara program2 yg akan diadakan untuk semester ni dibwah kelab shabat masjid telah pun disenaraikan spy pihak terbabit sentiasa alert dgn tugasan masing2.Antaranya B-p sm-1 jan,family day-9 jan,BICT 23 jan,BDK 5-7 feb,Mkym 12-14 mac dan karnival skn dan hri kesihatan-27-28 mac.

InsyaALLAH...28hb ni akan diadakan perjumpaan pertma tuk prgram yg perlu diadakan.Sebelum tu,kene siapkan report kewangan dulu tuk dibentang nnti.(xbuat lagi ni,huhu).Semoga semua program yg dirancangkan berjalan lancar dan mencapai objektif yang digariskan.

Semester ini juga,sy prlu berusaha untuk mencari tempat untuk LI pada bulan 5/6 nanti.Hajatnya ingin buat latihan industri di negeri sendiri,Terengganu untuk save budget katekan...hhehe.Harap2 daptlah tawaran drpda mana2 industri nnti.

Okeh...sekarang dH xbole relax2 dpn tv lagi...kene sttlekan perkara yg tertangguh.Kt ump ni,laptop ni kembali jadi kawan bek semula lah,kt mane2 dialah yg selalu bantu,nak siapkan keje...sentiasa bersamakan...hehe

OK,setakat ini dulu...wassalam:)

Friday, December 18, 2009

KENANGAN....


Assalamualaikum semua...

Pada 28hb november baru2 ni,ada perkara gembira yang saya nak kongsi disini...hehe
Reunion 6 merah 1999.Wah....dah 10 tahun rupanyer..memang xsangka dapat jumpa ramai2 stelah 10 tahun berpisah...

Alhamdulillah...lebih kurang 25 orang daripada 39 orang student 6 merah 99 dapat datang.Detik2 yg mengembirakan itu diadakan di sebuah hotel kt tganu ni.

Terima buat sahabt2 yg bertungkus lumus menguruskan prjumpaan ni.Dengan usaha kalian dan kehendakNYA..akhirnya kita dpt bersua kembali...:)

Wednesday, December 16, 2009

Bicara hati....




Hari ini…

Seolah-olah DIA sedang berbicara denganku…

Begitu banyak perkara yang menerjah fikiran ini,

Membuatkan aku lebih banyak berfikir dan merenung...

Akhirnya setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi pipi ini.


Dikala aku berdiri menunaikan solat,

Tiba-tiba hati ini terasa sangat hiba,

Seolah-olah semua keburukan dan kesalahanku ditayangkan semula,

Membuatkan aku terfikir...

Apakah yang telah aku berikan kepada orang sekelilingku,

Masih sempatkah aku berbakti dan memberi manfaat kpd mereka demi agamaMU...

Bertambah hiba hati ini...

Bila difikirkan aku lebih banyak memberi beban apatah lagi untuk memberi manfaat terutama kepada agamaMU...

Ampunkan aku YA ALLAH...


Dikala bacaan solat dibacakan satu persatu,

Aku cuba menghayatinya,

Supaya timbul keinsafan dan kesedaran...

Bagi menutup ruang bagi musuhMu yang seringkali berusaha memesongkanku.


Dikala selesai solat,

Hatiku yang hiba tadi tiba-tiba menjatuhkan air mata yang mencurah-curah,

Tanpa esakan yang menyedarkan sesiapa,

Aku biarkan ia membasahi pipi ini,

Tak mampu aku hentikan daripada memikirkan semua itu,

Akhirnya tanpa aku sedari,

Telekung solat ini basah dengan titisan air mata.


Hari ini...

Kesakitan itu datang semula,

Seolah-olah DIA sentiasa ingin memberi peringatan kepadaku setiap kali ada kesilapan yang telah aku lakukan,

Kerisauanku datang...

Kegelisahanku bertambah...

Kebimbanganku menebal...

Adakah aku telah melakukan kesilapan.

Apa tindakan yang perlu aku lakukan sebenarnya...

Sejak dulu...perkara ini sering aku elakkan,

Dikuatkan diri walau menerima pelbagai cercaan manusia pelbagai ragam,

Namun ia yg seringkali menjadi cubaan buatku,

Namun aku tahu,itu tanda Engkau sayang pada hambaMU...

Kesyukuran sentiasa aku perlu panjatkan padaMU...


YA ALLAH....aku ingin sentiasa dekat padaMU,

Tunjukilah jalanMU yang sebenarnya pada diri ini..

Janganlah Engkau uji aku dengan perkara yang aku sendiri tidak tahu penyelesaiannya.


Petang itu....

Adik bongsuku tidak berkata apa-apa..

Bila aku bertanya satu soalan secara gurauan,
“Aiman,kalau kakti meninggal nanti aiman sedih x?“

YA ALLAH...memang tidak patut aku mengeluarkan kata-kata begitu,

Entah mengapa tiba-tiba aku terfikir mengenai ajal,

Dirasakan seperti hidup ini bagiku terlalu singkat,

Mungkinkah aku pergi dulu meghadapMU sebelum sempat berbakti dan menunaikan hajat kedua ibu bapaku,

Mungkinkah mereka pergi dulu meninggalkan kami sebelum kami sempat menunaikan hajat mereka.


Takut...Gelisah...Risau...Sedih....

Pelbagai perasaan bercampur dalam hati ini....

Adakah aku akan menghadapMU dengan bekalan yang secukupnya?

YA ALLAH....begitu banyak dosaku...bagaimana mampu aku menghadapMU,

Dengan bekalanku selama ini yang tidak pasti samaada diterima atau tidak,

Dan....lebih menakutkan...

Apakah ada atau tidak bekalanku disana sepanjang perjalananku selama hampir 23 tahun dibumi???


Betul...ajal kita sudah ditetapkanNYA,

Walau dengan apa cara sekalipun,kita pasti akan bertemu denganNYA.

Semoga kita akan sentiasa menggunakan kesempatan yang diberikan untuk mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin..

Sebagai persediaan dihari kemudian..

InsyaALLAH...


Suasana ditengah malam ini yang senyap sunyi,

Akhirnya dipecahkan dengan hujan yang tiba-tiba turun dengan lebat..

Begitulah lebatnya pengharapanku pada diri ini,

Semoga hari-hari berbaki yang masih dianugerahkanNYA dapat aku gunakan sebaik mungkin.

InsyaALLAH...


Luahan hati,

Permata Biru....


Sebiru air laut,ciptaanMU...memberi ketenangan kepada insan,

Walau banyak batu menghalang laluan,airnya sentiasa mengalir,

Sehingga beribu batu,tanpa keluhan,tanpa pergantungan kepada sesiapa,

Hanya usaha dan kebergantungan padaNYA,

Begitulah harapanku pada semua,

serta diri ini.

Friday, December 11, 2009

Cuti sem yg seronok.....huhu

Alhamdulillah,sy berkesempatan lg menulis diblog ni,walaupun dah tgh malam ni,tapi ni je masa yg free ckit tuk mgadap laptop ni.Hehe.Beselah,duk umah ni,bukan macam duk kat U,kalu kt U,laptop ni lah kwan baik kitakan,selalu ade dpn mata,tdo pun bersengkang mata buat kerja,dia jugalah kene mengadap.huhu.Tpi bila dah balik umah ni,bkan lupakan kwn bek ni,cuma dah byk bende kene ngadap...heheh...

Okeh,berbalik pada tajuk asal,cuti semester.Wah,bila sebut aje cuti sem,ia perkara yg paling ditunggu2 oleh kebnyakan pelajar IPT,boleh dikatakan waktu cuti ni masa untuk mereka berehat selepas puas bertungkus lumus study dan menyelesaikan pelbagai assignment. Ouih....cuti sem ni sekali dengan cuti Raya Haji,syukur kehadratNYA sebab kita pljr U dapat bercuti terus selepas Raya Haji dan telah selesai exam.Situasi kita tdk sama dngn pelajar Politeknik,peperiksaan akhir mereka bermula selepas cuti Raya Haji.Walaupun cuti dalam mgkin 1 minggu,tapi hati mana mungkin tenang jika peperiksaan masih menunggu didepan.Dengan sebab itulah,terpaksa juga adik saya yg belajar dipoliteknik dungun pulang ke tempt bekajar setelah cuti hanya dalam 2/3 hari untuk mengulangkaji pelajaran.Good luck yer fattah!!!!!!!!!...Kami disini sentiasa doakan yang terbaik!!!:)

Sebentar tadi,kami adik beradik baru selesai menonton upin&ipin,ditv9 tu,huhu...walaupun dah tgk kt cd...diorang ni masih xpuas2 nk tgk lagi...sekalilah dgn kakak dia sorang nih.Bila fikir cite ni,teringatlah crite budak2 kegemaran sy,apa lagi....Masked Rider. Sejak kecil lagi,memang minat sgt cite ni,walaupun nmpak ketidaklogikan cerite dengan raksasanya,tpi dengan jalan crite dia bt sy tertarik nk menonton.Macamner xtertariknye,aiman,faiz ngan faris pun suke tgookkk...huhu.Wah..sekarang ni kebetulan ada tenet kt umah,sy curi2lah mase ckit download cite tu,Masked Rider Kabuto....episodenyer sampai 40 lebih,jd ambik jer yg mane2 smpat(sekarang pun,sambil menaip...tgh download cite tu jgk....huhu). Apa nak jadi yer,bt keje xberfaedah plok musim cuti ni...hehe,sekali sekala jer :p

Selain tu,musim cuti ni waktu yg best tuk tidooo....bukan ape,permulaan cuti...hujan xhenti2,air naik dikebanyakan tempat.Alhamdullillah,kwasn umah jarang dinaiki air slepas hampair 20 tahun yg lalu. Sekarang,cuaca dah mula stabil,sudah seminggu hujan xturun lebat memanjang,dan matahari sudah memancar sinarnya,jadi pakaian yg dijemur pun cepat kering:)

Oiuh....gotong-royong!!!! stor baru umah kmi dah ciap,abah ngn ma sibuk mengemas barang tuk dimasukkan dlam stor.Bilik yg dipenuh barang,akhirnyer baru nmpak mcm bilik slepas kbnykn brng yg xdigunakan sgt dimasukkan dalm stor.Nak tahu tauke rajin tolong abah ngn ma sape???Fikrilah gerangannya.Walaupun kuat membebel,tpi kerja pun kuat jg.Rajin btul fikri ni,xperlu disuruh kalu pasal membersihkan halaman umah ni,dah jd mcm hobi dia plok,mengecatlah,memotong rumputlh...baiki motor pun,oit..ntahlah,baiki ker?(jgn jd mcm tikus membaiki labu sudah ler hihi....;P). Kmi adik berdik yg ade seme trut serta dalam operasi ni.Alhmadulillah,setelah mengambil mase dlm seminggu selepas ciap stor,operasi mmbersih,mengemas,memindah barang rasenyer dah selesai.

Program???alhamdulillah,semasa cuti ni,walaupun dgn bnyk halangan..ada jgk peluang tuk mengikut program yg diadakan.Semoga stiap yg baik sentiasa dijadikan amalan dan peringatan bt semua dan same2 lah kite berusaha tuk meninggalkan yg dilarangNYA.Apa yg penting,kita sama2 berusaha untuk berusaha serta mengikhlaskan diri dalam apa jua perkara yg dilakukan.Terima kasih bt semua yg selalu memberi sokongan terutama abh sentiasa memahami dan ma yg sentiasa menyokong,serta shbt2 yg sentiasa menguatkan semangat ini:) Love U all!!!

Sampai disini dulu,sampai bertemu lagi..

Wassalam.