Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Wednesday, December 16, 2009

Bicara hati....




Hari ini…

Seolah-olah DIA sedang berbicara denganku…

Begitu banyak perkara yang menerjah fikiran ini,

Membuatkan aku lebih banyak berfikir dan merenung...

Akhirnya setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi pipi ini.


Dikala aku berdiri menunaikan solat,

Tiba-tiba hati ini terasa sangat hiba,

Seolah-olah semua keburukan dan kesalahanku ditayangkan semula,

Membuatkan aku terfikir...

Apakah yang telah aku berikan kepada orang sekelilingku,

Masih sempatkah aku berbakti dan memberi manfaat kpd mereka demi agamaMU...

Bertambah hiba hati ini...

Bila difikirkan aku lebih banyak memberi beban apatah lagi untuk memberi manfaat terutama kepada agamaMU...

Ampunkan aku YA ALLAH...


Dikala bacaan solat dibacakan satu persatu,

Aku cuba menghayatinya,

Supaya timbul keinsafan dan kesedaran...

Bagi menutup ruang bagi musuhMu yang seringkali berusaha memesongkanku.


Dikala selesai solat,

Hatiku yang hiba tadi tiba-tiba menjatuhkan air mata yang mencurah-curah,

Tanpa esakan yang menyedarkan sesiapa,

Aku biarkan ia membasahi pipi ini,

Tak mampu aku hentikan daripada memikirkan semua itu,

Akhirnya tanpa aku sedari,

Telekung solat ini basah dengan titisan air mata.


Hari ini...

Kesakitan itu datang semula,

Seolah-olah DIA sentiasa ingin memberi peringatan kepadaku setiap kali ada kesilapan yang telah aku lakukan,

Kerisauanku datang...

Kegelisahanku bertambah...

Kebimbanganku menebal...

Adakah aku telah melakukan kesilapan.

Apa tindakan yang perlu aku lakukan sebenarnya...

Sejak dulu...perkara ini sering aku elakkan,

Dikuatkan diri walau menerima pelbagai cercaan manusia pelbagai ragam,

Namun ia yg seringkali menjadi cubaan buatku,

Namun aku tahu,itu tanda Engkau sayang pada hambaMU...

Kesyukuran sentiasa aku perlu panjatkan padaMU...


YA ALLAH....aku ingin sentiasa dekat padaMU,

Tunjukilah jalanMU yang sebenarnya pada diri ini..

Janganlah Engkau uji aku dengan perkara yang aku sendiri tidak tahu penyelesaiannya.


Petang itu....

Adik bongsuku tidak berkata apa-apa..

Bila aku bertanya satu soalan secara gurauan,
“Aiman,kalau kakti meninggal nanti aiman sedih x?“

YA ALLAH...memang tidak patut aku mengeluarkan kata-kata begitu,

Entah mengapa tiba-tiba aku terfikir mengenai ajal,

Dirasakan seperti hidup ini bagiku terlalu singkat,

Mungkinkah aku pergi dulu meghadapMU sebelum sempat berbakti dan menunaikan hajat kedua ibu bapaku,

Mungkinkah mereka pergi dulu meninggalkan kami sebelum kami sempat menunaikan hajat mereka.


Takut...Gelisah...Risau...Sedih....

Pelbagai perasaan bercampur dalam hati ini....

Adakah aku akan menghadapMU dengan bekalan yang secukupnya?

YA ALLAH....begitu banyak dosaku...bagaimana mampu aku menghadapMU,

Dengan bekalanku selama ini yang tidak pasti samaada diterima atau tidak,

Dan....lebih menakutkan...

Apakah ada atau tidak bekalanku disana sepanjang perjalananku selama hampir 23 tahun dibumi???


Betul...ajal kita sudah ditetapkanNYA,

Walau dengan apa cara sekalipun,kita pasti akan bertemu denganNYA.

Semoga kita akan sentiasa menggunakan kesempatan yang diberikan untuk mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin..

Sebagai persediaan dihari kemudian..

InsyaALLAH...


Suasana ditengah malam ini yang senyap sunyi,

Akhirnya dipecahkan dengan hujan yang tiba-tiba turun dengan lebat..

Begitulah lebatnya pengharapanku pada diri ini,

Semoga hari-hari berbaki yang masih dianugerahkanNYA dapat aku gunakan sebaik mungkin.

InsyaALLAH...


Luahan hati,

Permata Biru....


Sebiru air laut,ciptaanMU...memberi ketenangan kepada insan,

Walau banyak batu menghalang laluan,airnya sentiasa mengalir,

Sehingga beribu batu,tanpa keluhan,tanpa pergantungan kepada sesiapa,

Hanya usaha dan kebergantungan padaNYA,

Begitulah harapanku pada semua,

serta diri ini.

No comments: