AKU mengembara menuju kehidupan yg hakiki,Dalam pengembaraan ini, kadang-kala aku leka dek kenikmatan dunia yang sementara,kadang-kala aku juga tertipu dek percakapan yang hanya manis diluar,kadang-kala aku juga lalai dek lelaki2 yang tiada jati diri serta tidak tahu menilai maruah wanita dan kadang-kala aku juga terpesong dek kurangnya mendekatkan diri padaMU.Namun,kasih-sayangMU pada setiap hamba yg berusaha memperbetulkan diri tidak pernah hilang,walau banyak kesilapan yang dilakukan
Aku MencintaiMU...
Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"
KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Thursday, June 3, 2010
Kasih
Niat dihati..tiada kata lagi hendak diungkapkan disini...dengan membiarkan ia tidak bergerak sejak sekian lama,walau berkali dibuka blog ini,namun...setiap apa yg hendak dibicarakan seakan-akan terhenti kerana risau tersalah memberitahu,apatah lagi,sudah ada yg tahu blog peribadiku ini.Mungkin setiap luahan hati tidak sesuai diluahkan satu persatu disini,dan mungkin juga ada yg perlu disimpankan hanya dilubuk hati @ kembali menulis dibuku merah yg sudah lama ditinggalkan tidak terbuka,disitulah tercatat segala segala rahsia dan luahan peribadku dalam perjalanan ini.
Hari ini,khamis,3 jun 2010...
Sudah masuk hari ke 3 selepas kapal Mavi MArmara iaitu kapal yg membawa makanan serta bekalan utk saudara kita dipalestin diserang.Seramai 12 Pejuang dari MAlaysia yg terlibat dalam operasi itu.Dalam serang tersebut seramai 19 orang telah syahid yg kebanyakannya daripada Turki dan alhmdulillah semua rakyat Malaysia terselamat.Apabila membaca dan mendengar berkali2 brita semasa disana,kegeraman pada Pihak zionis israel semakin meluak2!Semoga ALLAH swt menimpakan bala kepada mereka kerana telah menindas umat Islam sejak sekian lama dan semoga saudara Islam disana mendapat pertolongan dariNYA.Mereka pihak israel menyangka kita membawa senjata untuk dibekalkan kepada gaza,namun mereka silap dan senjata utama yg dibawa ialah wartawan dari seluruh dunia yg telah menghebohkan segala kekejaman mereka disana.Akhirnya tindakan pihak zionis terbabit mendapt kecaman seluruh dunia tidak kira bangsa dan agama.Kami kutuk Israel!Rasakan nnti azab ALLAH atas kekejaman dan kezaliman yg telah dilakukan!ALLAHU AKBAR!
HAri ini juga,
Sudah masuk kurang 4 hari untuk mencukupi sebulan aku bercuti dirumah setelah selesai menghabiskan pengajian diUMP.Sampai dirumah 7/5(jumaat,sekarang dah masuk 28hari berada dirumah bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa...
HAri ini juga,
Bermula sudah 3 hari masuk bulan 6 dan aktiviti yg rancak berlangsung bermula bulan ini ialah kenduri kahwin.Banyak jemputan daripada kawan2 utk menghadiri hari bahagia mereka.Hati melonjak2 ingin pergi memeriahkan majlis sahabat2 namun situasi sebagai pekerja tanpa gaji selama 3 bulan nnti di JKR tdk menjanjikan apa2 yg didinginkan...mungkin...keajaiban yg kunntikan...huhu...
Beberapa majlis yg bakal berlangsung nnti
1) 06/06/2010= Kenduri Shuhada Ramli(Ada) sahabt diUMP dikelantan.(xdapat untuk dihadiri kerana bertembung dengna kenduri dirumah)
2) 11/06/2010=Kenduri kahwin salah seorang sahabt baikku diUMP,Nor...Banyak kenangan telah kita ukirkan bersama...Dapatkah aku hadir dalam majlismu nnti? Gembiranya ingin melihat engkau dipelamin bersama yg tersayang setelah byk ujian kau tempuhi...Tahniah sahabtku kerana berjaya dalam megharungi ujian ALLAH swt ini.Semoga pada masa2 akan datang kau akan jadi seorang yang kuat dan lebih tabah.InsyaALLAH...
3) 12/06/2010= Kenduri kahwin salah seorang senior UMP,zafaruddin
= Majlis pertunangan sahabat SHAMS,Aini Khainani dngn jejaka pilihannya
MOga2 kekal ke jinjang pelamin.INsyaALLAH...
4)14/06/2010 = Majlis perkahwinan kakak salah seorang adik kesayangku diUMP
= Bermula Latihan Industri d JKR,terengganu.Owh....debaran menantiku!
5)24&28/06/2010 =hehe..Ini hari kelahiran abah dan abg sulongku!
6)18/07/2010 = Majlis perkahwinan sahabat baikku diKMPH..Che Haznie AYu di Putrajaya.
Wahhh..kak chik!seronoknya kalu dapat g tgk kc nnti!...miss u always...
Buat semua sahabat2ku yg bakal menempuh alam perkahwinan...lagu ini kutuju kahs bt kalian.. ;)
No comments:
Post a Comment