AKU mengembara menuju kehidupan yg hakiki,Dalam pengembaraan ini, kadang-kala aku leka dek kenikmatan dunia yang sementara,kadang-kala aku juga tertipu dek percakapan yang hanya manis diluar,kadang-kala aku juga lalai dek lelaki2 yang tiada jati diri serta tidak tahu menilai maruah wanita dan kadang-kala aku juga terpesong dek kurangnya mendekatkan diri padaMU.Namun,kasih-sayangMU pada setiap hamba yg berusaha memperbetulkan diri tidak pernah hilang,walau banyak kesilapan yang dilakukan
Aku MencintaiMU...
Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"
KembaliLAH Kepada Yang Asal
Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU
Wednesday, February 16, 2011
Kasihku hanya untuk Suami
Kepada si dia, jika ku dilamar terlebih dahulu dan itu adalah kehendak ibu bapaku , ku redha dan diriku mengharapkan dirimu dapat melepaskanku. Jika dirimu ingin mengahwini gadis lain, diriku tetap redha dan rela melepaskanmu,walau sukar menghadapinya...kerana antara kita belum ada ikatan yang sah...
Sunday, February 13, 2011
Suasana Praktikal
Sebagai kenangan,tulisan ini dipublish jgk ...hehu...
04/07/2010
Bismillahirrahmanirrahim….
Untuk pengetahuan semua sahabat2, sekarang dah masuk minggu ke-3 latihan praktikal di JKR,Kuala Terengganu.Sepanjang berada di sini,ada beberapa perkara yang telah saya pelajari dan mungkin akan dipelajari.Walaupun ramai yang mengatakan praktikal di ‘government’ adalah membosankan kerana tiada kerja sangat yang boleh dilakukan,tetapi sebenarnya ia boleh mendidik diri menjadi lebih biasa dengan alam pekerjaan bermula dari awal iaitu dari bawah untuk kita berusaha melangkah lebih kehadapan.