Sebagai kenangan,tulisan ini dipublish jgk ...hehu...
04/07/2010
Bismillahirrahmanirrahim….
Untuk pengetahuan semua sahabat2, sekarang dah masuk minggu ke-3 latihan praktikal di JKR,Kuala Terengganu.Sepanjang berada di sini,ada beberapa perkara yang telah saya pelajari dan mungkin akan dipelajari.Walaupun ramai yang mengatakan praktikal di ‘government’ adalah membosankan kerana tiada kerja sangat yang boleh dilakukan,tetapi sebenarnya ia boleh mendidik diri menjadi lebih biasa dengan alam pekerjaan bermula dari awal iaitu dari bawah untuk kita berusaha melangkah lebih kehadapan.
Sama-sama menempuh alam praktikal sekali denganku cukup ramai.3 orang sahabatku dari UMP,iaitu Syaza,Jue,dan Syazrin(mekanikal),seorang pelajar perempun lagi disini ialah Wan Rusiah dari Kuitho,yang lain ialah lelaki masing-masing 2 orang dari UTM Skudai,Johor,Afiq dan Ridhuan,2 orang dari Uitm,Shah Alam,Ariff dan Aidil,1 orang dari T-Gas ,Wan Azizan dan terbaru seorang lagi daripada politeknik kulim,kedah,Misdaq.Kebanyakan daripada mereka sungguh sporting dan kelakar.Gembira bertemu mereka semua disini.
Di JKR juga,saya tidak lari daripada mengenali beberapa orang staf atau pekerja yang cukup-cukup baik dan banyak membantu.Antaranya ialah En Rosli.Beliau ialah orang pertama yang buat saya ketawa dengan gelagatnya.Orangnya nampak biasa tetapi bila dah kenal,memang xkering gusi dibuatnya. Seorang lagi yang sekepala dengan en Rosli ialah En Omar. Bila tengok nama,dicari2 di dalam senarai pekerja JKR ni,memang xakan jumpa.Apa tidaknya,nama sebenar bukannya Omar tapi Zaizamrul apa entah.Yang peliknya,dari mana boleh terkeluar dipanggil dengan Omar.
Antaranya lagi yang berada disana ialah jurutera2 iaitu En Ibnu Akil,Pn Tg Noraimi Tg Endut,Pn Saufiah dan ramai lagi.Pembantu2 yg saya kenal setakat ini ialah En Rosmi,En Nizam,Pn Suhana,dan adaada lagi yg tidak ku ingat namanye…InsyaALLLAH…masihh ada banyak masa untuk kukenali mereka semua.
Berbalik kepada kerja plok…uishh….banyak juga yg hendak diceritakan…Ada masa nnti saya ceritakan lagi.OK,wasalam...
Hohoho...begitulah setiap kali setelah menulis sesuatu,pasti akan mengatakan ada lagi hendak diceritakan bila berkesempatan,namun kekangan masa dan aktiviti lain menghalangku dan mungkin kisah praktikal ku berakhir disitu kerana sekarang kisah seterusnya mungkin berlegar kepada projekku tuk program Master disini,Uitm Shah Alam :)
No comments:
Post a Comment