Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Friday, March 11, 2011

Aku Tidak berdaya....

BIsmillahirrahmanirrahim.....

Hari ini terasa tak terdaya melakukan kerja...ingin aku bangkitkan semangatku,ingin aku kuatkan diri menempuh jalan ini...namun ia xsemudah yg ingin dilakukan...kerana ia bkn setakat ingin diperlukan ttpi dorongan dari dalam yang akan sentiasa membakar diri untuk terus bergerak...maju ke depan.

Ma...Abah...rinduku pada kalian....setiap kali diri ini rasa amat berat,mampukah aku merangkul Master yg kalian harapkan...kerana aku rasa begitu kerdil.Semakin banyak ku pelajari,semakin banyak perlu ku selidiki.Semakin banyak yg ku baca,semakin banyak ilmu yg perlu ku cari....Begitulah luasnya ilmuNYA.Ianya perlu dicari dan terus dicari.....

Ma...Abah..hari ini...aku rasa tak berdaya ke kuliah,hujung miggu aku ke lab untuk meyelesaikan dan menambahkan ilmu yg masih dan sentiasa kurang.Tidak ku sangka,aku begitu kuat bergerak sekarang,walau pada masa2 tertentu,aku perlu keseorangan.Hari ini sebenarnya seperti awal minggu biasa,meeting bersama SV dan pada kali ini dirasakan amat berat kerana perlu membuat penerangan dan demo apa yg tidak difahami.Aku usaha membaca dan mengkaji...sehingga semalam tidurku lambat,dan tidak tenang kerana risaukan hari ini...Bangun2 pagi,tiba2 diri rasa tidak larat untuk ke kelas,terpaksa minta excuse dengan SV...Sebnarnya memang rasa tidak berdaya dan akan diguna masa untuk membuat lebih persediaan.Itu janjiku pada SV ku...

Ma...Abah....rasanya sudah lama tidak pulang ke kampung,padahal mungkin boleh dikatakan baru sebulan lebih yang lepas sudah pulang.Tempoh itulah hari pertunanganku diadakan.Sungguh tidak disangka,aku sdh terikat scara rasmi dengannya depan keluargaku.Ingin aku jaga diri sebaik mungkin disini,ingin aku elak apa yg tidak sepatutnya berlaku,namun aku tak berdaya menahan pandangan lelaki2 yg tidak matang itu.Apa perlu aku lakukan....Aku tdk kisah menunggu bas dihentian bas,namun aku tidak tahan dengan sikap segelintir lelaki yg memandang bagaikan ingin diterjah dan dengan siulan2 yg amat ku benci...
Mengapa semua ini masih berlaku....sehingga aku berasa amat takut....ku rasa bagaikan jualan murah yg menjadi pandangan orang ramai yg lalu ditempat jualan...Kenapa??? Kalian,berilah kebebasan kepada golongan seperti kami,tolonglah jgn bt kami seperti itu...

Ma...Abah...kurasa ingin menutup muka supaya tiada siapa memandang...namun aku tidak berdaya,kerana byk perlu difikirkan kesannya untuk mereka disekitarku...Jika semua golongan kami memakai purdah,untuk elakkan gangguan kalian,kata2 lain pula yg dilontarkan kepada kami...Aku tidak berdaya menghadapinya YA ALLAH....

Ma...Abah...doa kalian amat ku harapkan.Semoga diri ini kuat dalam mengharungi kehidupan ini atas jalanNYA...


"Ya ALLAH,sesungguhnya waktu dhuha waktu dhuhaMu,cahayanya cahayaMU,keindahannya keindahanMU,kekuatannya kekuatanMU,YA ALLAH,sekiranya rezekiku ada dilangit maka turunkannya jika ada dibumi keluarkannya,jika ada jauh maka perdekatkannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMU,cahayaMU,kekuatanMU,dan kesucianMU.Berilah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hambaMU yang salih.Dan ALLAH cucuri rahmat keatas penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.Dan segala puji bagi ALLAH,Tuhan seru sekalian Alam"

No comments: