Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Thursday, June 14, 2012

Menanti Cahaya Mata (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....lemah badan yang dirasai sejak kebelakangan ini merupakan tanda kami bakal menimang cahaya mata,InsyaALLAH...

Tanggal 27hb 5 12,saya disahkan hamil masuk 7 minggu. Alhamdulillah...gembira sekali kami terutama suamiku =). Namun,badan saya memang terasa sangat letih,seolah2 tak ada tenaga untuk buat kerja, tak boleh berdiri lama terutama bila ke dapur,then masuk rumah seperti nk pitam. Hingga ade sekali mmg xlarat sangat sampai muntah,mujur ada suami disisi waktu itu.


Minggu depannya,perancangan kami untuk balik kampung,ada 2 kenduri kahwin disana.Sebagai langkah persediaan,kami pergi ke klinik malam sebelum balik,itu pun selepas dinasihatkan Ma supaya ada tenaga cikit untuk balik nanti.Alhamdulillah, doc bagi ubat pening,tambah darah(acid folic) dan sejenis serbuk garam untuk diletakkan dalam air mineral untuk minum sedikit2. Kata doc,air tu kena habis kan 2 botol sehari,tapi nampaknya nak habiskan sebotol tu pun xlarat..eee..akhirnya hbis juga sebotol dalam 2 hari..Hiii...terbalik pulak.Alhamdulillah....badan masih dapat bertahan sepanjang 2 hari berada diterengganu dan kelantan.Tetapi perubahan cuaca yang panas dan sejuk dalam perjalanan pulang memberi kesan pada suamiku pula.

Sampai saja dirumah Kuala Terengganu,badannya sangggat panas. Risaunya sebab itulah kali pertama dia demam sejak kami berkahwin. Akhirnya lepas makan malam,diberi ubat, ku ajaknya berehat awal supaya badan cepat kebas.Love u my dear....

Esoknya,kami pergi kenduri sepupu dan selepas zohor selamat sampai ke kenduri sahabat di Batu Rakit.Dalam hampir jam 6,kami bertolak ke Kelantan dan sampai lebih kurang jam 9 malam.Esoknya kami melawat anak buah baru,si Damia  comey =)..hehe...

Selepas selesai semuanya,lewat petang itu,kami bertolak untuk perjalanan yang sangat jauh juga ke shah alam.Huish....sgt penat duk dalam kereta lebih kurang 8 jam,apatah lagi suamiku seorang saje yang memandu...huu...Alhamdulillah...jauh perjalanan,sampai juga kami dirumah lebih kurang jam 1 pagi.. (^_^).

P/s: Hari ni 14hb 6 12. Anak Umi ni dah masuk 9 minggu...Next appointment dgn Doc 3hb 7 ni,masuk 3 bulan. Sekarang badan masih lagi rasa letih,waktu tengahari yang paling rasa sekarang,apatah lagi bila perut kosong,tapi xlarat nak masak...perut xlalu nk makan,tapi bila fikir anak Umi nak makan,ku paksa juga diri ini.Semoga sayang Umi dan Abah baik2 aje kat dalam ni yer..




No comments: