Sedikit perkongsian.
Semalam ketikan dalam perjalanan pulang dari kelas ke blok,tiba2 kami dikejar oleh 2 orang pelajar jurusan pembuatan yang lengkap dengan jaket masing2.Kami terpinga-pinga,mereka datang dengan tergesa-gesa dan ingin meminta tolong sesuati.Apabila melihat kelibatan mereka dengan kamera,saya membuat anggakan megatakan adakah ingin meminta kami untuk mengambil foto mereka?Rupanya anggapan sya kali ini adalah silap.Kedatangan mereka sebenarnya kerana ingin menyelesaikan tugasan subjek mereka iaitu memghasilkan satu video berkaitan pemerintahan diMAlaysia jika xsilap saya,dan meminta kami untuk memberikan pendapat terutama dari segi politik dan apa-apa saja yang berkaitan.
Kami terfikir,sesuatu yg tiba-tiba,apa nak diberitahu?biasalah,dengan secara spontan ingin mengeluarkan pendapat dengan microphone didepan muka bukannya mudah,ia berlainan dengan kita bercakap didepan sahabat2 dengan mengutarakan apa yang dipersetujui ataupun tidak.
Ya ALLAH...hatiku terdetik seketika,sebenarnya inilah peluang untuk kita bersuara,dan aku serahkan padaNYA,setiap bicara moga xterkeluar dari landasan.Alhamdulillah...selesai juga wawancara sekejap itu.
Namun,amat terasa tidak berpuas hati kerana apa yang dilontarkan itu sebenarnya hanya secebis daripada apa yang berlaku diMalaysia sekarang.Apa tidaknya,itupun kerana isu semasa terbaru berkaitan sikap pemimpin yang mementingkan diri sendiri semakin merebak dari semasa menyebabkan point utamaku pdad wawancara itu ialah berkaitan keadilan dalam politik itu sendiri.Dengan kes beberapa pemimpin yang mengambil keputusan unutk keluar dari mane2 parti dengan masih memegang jawatan yg diberi semasa berada diparti berkenaan adalah menunjukkan sikap pemimpin itu yang dilihat spt mementingkan diri sendiri dan sanggup memperjudikan nasib rakyat yang memberi amanah kepada mereka untuk menjalankan tanggunggjawab ketika mereka berada dipihak berkenaan.Ini bukan bermaksud mereka boleh menunaikan amanah dengsn hanya berda pada parti yang mereka dilantik pada mulannya,ttpi ia berkenaan keadilan itu sendiri.Adakah ia adil???sama2 kite renungkan.
Jika pemimpin tersebut msuk ke mana2 parti lain,kerusi parti tersebut akan bertambah dan mungkin akan merubah tamopuk pemerintahan,jadi bolehkah kita tengok sistem demokrasi disini???MASIHKAH IA BERFUNGSI???Sistem demokrasi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dipercayai dan daripada parti yang dipercayai.Namun sekirannya ia berubah tanpa persetujuan majoriti,ttp melibatkan sikap pemimpin yang tidak tetap pendirian,pada saya ia sama seperti mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
Itu baru kita lihat dari segi keadilan dalam sistem pemerintahan.Sebenarnya masih banyak lagi isu-isu yang boleh dibangkitkan.Daripada pemimpin akan terlihatnya sistem pemerintahan yang bagaimana,daripada sistem pemerintahan,boleh dilihat pelaksanaannya macamna.Pelaksanaan yang selari dengan slogan yang diwar2kan mestilah selari dengan konsep sebuah negara Islam.Adakah semua ini dapat dijalankan sekiranya masih ada pemimpin yang memntingkan diri sendiri???
"Sesungguhnya amat berat tugas mereka yang telah diberikan amanah untuk memegang sesuatu jawatan terutama melibatkan ramai tanggungjawab dibwahnya,tiada masa untuk memikirkan hal yang membawa kepentingn diri sendiri sekiranya pemimpin itu sedar tanggungjawab yang dipikul.Jadi,kita sebagai rakyat mestilah membuat keputusan yang terbaik,memilih pemimpin menjadi kewajipan,sekiranya pemimpin yang tidak layak memegang sesuatu tempat kerana diri kita,amatlah berdosa diri ini,dan apakah jawapan kita diakhirat nanti???"
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment