Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Wednesday, March 31, 2010

Detik-detik cemas menyimpan seribu satu kenangan bersama insan tersayang

18/03/10(Khamis)

Sejak 2/3 hari yang lepas hati ini terlonjak-lonjak ingin balik umh,fikiran terngiang2 menyuruh saya balik.Sebenarnyer semanjak minggu lepas,namun didiamkan kerana ingin selesaikan test 2 yang diadakan pada 12hb/03 (mp) dan 18hb/03(emt) baru-baru ni.Hanya telefon yang menjadi perantara diriku dengan keluarga dikampung,

Kedengaran suara ibuku yang dalam keadaan tidak sihat menguatkan hati ini untuk pulang ke rumah.Alhamdulillah….ALLAH permudahkan segala urusan,akhirnya dengan tiada tiket balik ,tiba2 ada seorang kawan tolong belikan kerana dia pun ingin pulang juga ke kampung. Dengan tiada teman,rancanganku hanya untuk pulang ke rumah dengan bas lompat jika tiada tiket,walaupun dalam keseorangan akhirnya telah dapat tiket dan juga mempunyai teman untuk pulang sekali.Syukur kepadaMU,YA ALLAH.



19/03/10(Jumaat)

Berdasarkan jadual belajar,hari ini sebenarnya ada kelas pada jam 8 dan 11 pagi.Namun, pensyarah bercuti selama 2 minggu.Jadi,dapat pulang awal ke rumah.Bas naik diterminal jam 10.30 pagi.Alhmdulillah,kami (saya dan fatem) selamat sampai diterminal dan selamat pulang ke kampung.

Setibanya di terminal,jam menunjukkan dalam lebih kurang 3.30 petang.Sementara menunggu ayah datang,saya membeli tiket pulang ke UMP semula kerana kami hanya bercuti hujung minggu sahaja.Puas sudah dicari tiket yang tinggal hanya pada waktu petang jam 3.30. Dengan berat hati,terpaksa juga membelinya.

Alhamdulillah….lebih kurang jam 4,kami(abah,saya,faiz dan aiman) selamat sampai ke rumah.Gembira hati ini dapat sampai rumah,menatap wajah ahli kelaurga teruntam ma dan abah.Ketenangan inilah yang kucari bila hati berserabut berada diUMP. Kelihatan ma sudah xberapa sihat,asyik batuk2.Katanya,itu dah kurang berbanding minggu2 lepas.

20/03/10(sabtu)

Awal pagi saya dikejutkan oleh adik,Faris.”Kakti!bangun…ma suh ciapkan sarapan,ma xcht” Aku dengan bergegas turun ke bawah untuk meyiapkan apa yang perlu.Jam lebih kurang jam 6 pagi kalu xsilap. Sarapan pagi itu hanya lempeng sahaja,Adik2 memang suka dan biasa makannya diwaktu pagi,kalu bt makanan berat2,mmg susah nak habis,sampai ke petang lah nampaknye.

Kelihatan ibu terbaring diatas kerusi panjang dalam kesejukan dan saya berusaha berkemas didapur. Faiz!!!tak bangun lagi tu,kejutkan dia,subuh xsolat lg tu…suaraku kepada Fikri. Fikri juga jadi semakin matang sejak menjadi abg sulong yg sentiasa ada membantu ibu n abah dikampung.Abang2 dan kakak2 yang belajar dan bekerja jauh dari umah meninggalkan adik2 yang masih bersekolah dikampung. Alhamdulillah...Fikri baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM baru2 ni dan sekarang bekerja sampingan disebuah syarikat dikampung sementara menunggu panggilan sambung belajar dimana -mana.Masa ini,keputusan SPM baru sahaja keluar dan alhamdulillah,dengan keputusan itu,dia ada peluang untuk sambung belajar nnti.Alhamdulillah...

Sudah selesai dikejutkan semua adik2,mereka memang liat juga nak bangun lebih2 dah lame cuti.Hari ini adalah hari cuti terakhir sempena cuti pertengahan tahun ni.Jadi,kena lebih tegas kejutkan,takut nnti esok pagi pun susah nk bangun pagi.Kelihatan Fikri dan Fattah,adik yang belajar di Politeknik Dungun sudah bersiap diri dan setelah selesai bersarapan,saya menyuruh Fattah membantu Fikri mengisi borang sambung belajar dimana2 menggunakan laptop yg dibawa pulang dengan sambungan internet yang sudah sedia ada. Cadanganku supaya dia dapat menolong Fikri mengisi borang politeknik,namun masalah internet masih berlaku,dan internet xdapat dimasuki.

Apa?nak balik poli dah???Ntah tiba2 saya bersuara spt terkejut padahal memang patut pun dia pulang ke Poli hari ini kerana esok sudah mula kelas.Ma masih berehat setelah diajak bersarapan sedikit unutk mengalas perut dan kelihatan amat tidak bermaya.Dengan keadaan ibu seperti itu,saya seakan tidak inign bagi dia pulang ttpi bukannya baru sehari dia bercuti,saya je yang baru sehari pulang ke rumah.Keputusannya nak bertolok pagi tu,akhirnya pergi ke petang selepas zohor.Alhmadulillah…sempat makan tghri dulu seblm pulang.Untuk makan tghri,sempat saya masakkan sayur air sahaja,itu pun sayur last2 minit baru datanhg untuk dijual,dengan ikan goreng.

Ibu bangun untuk melihat abg Ngah(Fattah) pulang ke Politeknik dan selepas itu makan sedkit untuk tambah tenaga . Hati terasa tidak sedap. Ubat dan tangan ini sahaja yang mampu bergerak untuk disapu dan digosok pada badan ibu yang kelihatan susah untuk bernafas.Walaupun begitu kelihatan ibu masih menguatkan diri untuk bersolat dan bergerak. Diingatkan ibu,supaya tidak banyak bergerak

Jam lebih kurang jam 3.30 ptg,ayah pulang dari kerja. Makanan kusediakan dan pnskan untuk makanan tghri ayah. Ayah membawa pulang ubat-ubat daripada homeopathy untuk ibu.Nampak juga kerisauan dari wajah tenang abah.
"Ma ok x",tanyaku pada ibu.tangan masih mengurut dibelakang ibu dengan berjenis ubt disapu....Tiada jawapan didengar dari mulut ibu. "Kita pergi klinik sekaranglah yer ma,nak tunggu malam nanti lambat plok".Jam didinding menunjukkan jam 6.30 ptg.Tiba2 ibu mengiakan cadanganku."Faris!panggil abah kat luar, btau ma nk g klinik ni."Dengan keadaan tergesa2 kulihat ayah bergegas masuk ke dalam rumah tuk bersiap dan mengamil kunci kereta. Kucarikan baju juntuk disarung oleh ibu dan dengan serta merta ku bersiap untuk menemani ibu ke klinik.

DIKLINIK

Setiba diklinik,ibu diberikan ubat mengurangkan lelah,setelah disedut beberapa kali dan disuntik,asmanya tak juga hilang.Ibu yang keletihan terbaring dikerusi dan akhirnya ambulans dipanggil dan ibu terus dibawa ke hospital.Saya menemani ibu didalam ambulans dan ayah mengikut dibelakang dengan kereta. Sesampai dihospital,ibu terus dibawa kebilik icu dan saya menunggu diluar.Kami sampai dihospital dalam jam 8.00 malam lebih dan kebetulan saya cuti menyebabkan tidak tergesa-gesa untuk menunaikan solat.

DIBILIK ICU

Sedang menunggu,tiba2 ayah datang dengan tergesa-gesa dan segera untuk pergi menunaikan solat maghrib dengan meninggalkan hpnya ditanganku untuk menjawab panggilan daripada kakak.Rupanya dalam perjalanan ayah telah memberitahu Fikri dirumah dan Fikri terus memberitahu kakak keadaan mak.

Pada malam itu,suasana agak cemas,saya menerima bebrapa panggilan daripada anak2 mak,iaitu abg,abg me fattah dan sebnetar td kakak. Cukup lama ibu berada didalam bilik tersebut dan setelah hampir 1 jam didalam,ibu dikeluarkan untuk diperiksa ditempat lain dan akhirnya dibawa naik ke wad 8c. .Saya dan abah turut mengikut ibu yang dibawa oleh pembantu perubatan disana.

DIWAD 8C

Sampai ditempat yang ditetapkan,ibu diletakkan dalam keadaan berjaga2 ditempat yang dikhususkan.Baru sebentar tadi bercakap dengan kakak,Dalam jam hampir 12 malam tersebut,kakak telefon lagi dan bertnya dimana,YA ALLAH...rupa2nya kakak dah sampai dihospital dari rumah suaminya dikemaman. Alhamdulillah selamat sampai walaupun dah ditengah malam.Malam tersebut saya dengan sehelai sepinggang menemani ibupada malam tersebut walaupun ibu berkata tidak perlu.Bersyukur padaNYA,kehadiranku pada malam tersebut terasa amat bermakna kerana saya dapat membantu ibu disaat beliau betul2 memerlukan bantuan.

MALAM PERTAMA DIHOSPITAL(malam ahad)

Malam ini,saya tidak tahu jama berapa lena,bagaikan tidak tidur pada malam tersebut kerana terasa terngiang2 suara ibu yang kesakitan.Namun,sampai satu ketika,saya seperti xble berbuat ape2,selain membantu ibu untuk ke tandas.Dengan mata yang hampir tertutup...diri ini hanya mampu mendengar dan melihat.“Maafkan thah, ma...“Akhirnya mata sudah tidak dapat menahan beban hingga tiba2 terdengar doktor datang untuk memberi ubat dan menyuntik ibu,Rupanya jam dah 5.00 pgi dan entah bila saya tidur,Saya lantas pergi ke tandas membersihkan diri dan menunggu ibu semula untuk membantu apa yang perlu.

Semua barang yang diperlukan telah dimesejkan kepada kakak untuk membawa semasa melawat ibu pada pagi itu.Dalam jam hampir 10.00 pagi,kakak datang dengan suaminya,Abg Fikr(nama sama dengan adik) dan adik saya,Fikri unutk mengganti saya menemani ibu pada pagi itu. Saya pulang bersama kakak untuk membersihkan diri dan meyiapkan barangku untuk dibawa kehospital dan menemani ibu untuk seterusnya.

Setelah selesai menyiapkan diri dan menunaikan solat zohor dirumah,akhirnya diri ini terlelap dihmaparan sejadah dan apabila terjaga jam telah menunjukkan jam 4.30 petang.Saya dengan tergesa2 cepat2 menyiapkan barang untuk dibawa dan bersiap unutk pergi ke hospital semula.

MALAM KEDUA DIHOSPITAL(malam isnin)

Pada malam ini,ibu masih berada dalam kawasan jagaan. Diri teras lebih tenang dan selesa kerana sudah boleh menunaikan solat. Malam itu,kakak masih datang juga ke hospital dengan membawa toto kecil untukku beserta al-Qur’an kecil yang kupesan dengan abah.

Namun,walau apapun,tidur hihospital tidak sama spt ditempat lain.Suasananya saja sudah cukup memberi jawapannya. Alhmdulillah...kelihatan ibu dapat melelapkan mata walaupun hanya sekejap kerana sentiasa dikejutkan 'nurse' untuk disuntik dan diberi ubat.

Keesokannya,abah bermula dengan kerja pagi hingga malam kerana tempoh pertukaran masa..Jadi ayah masuk kerja jam 7.00 pagi dan balik jam 11 malannya. Pada ptg itu,ayah sempat melawat ibu dan pada pagi isnin, kakak telah pulang ke kemaman untuk meneruskan kerja. Sebelum bertolak,kakak sempat membawa adik2 dan kemudian pulng hantar adik2 kemudian bertolak selepas meghribnya.

MALAM KETIGA DIHOSPITAL(malam selasa)

Alhamdulillh...lelah ibu semakin kurang dan ibu dipindahkan ketempat biasa bersama yang lain.Ya ALLAH...cukup menguji diri ini,ibu ditakdirkan diletakkan disebelah seorang peakit yang ada konflik dalaman.Dia seolah2 telah dimasuki oleh benda lain didalam badannya,Seran sejuk diri ini bila mendengar kata-kata itu keluar daripada mulutnya sendiri.Selepas mghrib itu,saya mebaca al=quran disebelah ibu dan kemudian kedengaran adik pesakit disebelah bertnya pesakit,iaitu kakaknya,hendak ke mana dan jawapnnya nak pergi solat.Rupanya dia beritahu baru sedar.Sebelum ni ade sesuatu menguasai dan xbagi dia blik.Sebelum ini,semasa mula2 bertnya dah berapa hari berada dihosptial,jawapannya 17 hari dalam nada yang sebak dan ditenangkan oleh adiknya.

Pada malam itu,suasana amat tidak selesa unutk tidur dengan pesakit disebelah mengadu unutk pulang dan memrahi suami yang berada disampingnya.Kami hanya mampu mendengar.Dia mengadu padku xdapt tidur.Akak nak saya mengaji ker?tnyaku padanya.Jawabnya Ya, dan dengan itu juga dia memasang surah Yasin dengan hpnya.Memang betul katanya,sya bagaikan mendengar ada 2 suara yang berlainan padanya.YA ALLAH...jauhi syaitan2 daripada menguasai kami.Hatiku untuk tidur menjadi kurang senang dan dengan pantas tangan mengambil al-qur’an lantas dibaca ditepi ibuku yang sedang terbaring.Sudah hampir bebrapa ketika,ibu mengajakku untuk tidur dan malam itu,ku lena disisi ibu tercinta.

Pagi selasa itu,kedengaran lagi pesakit disebelah mengadu tidak dapt tidur semalam.Saya tak thu ape ingin dikatakn.Cukup kesian dengan keadaannya yang seolah 2 diperlakukn oleh mereka yang tidak berhati perut untuk merosakkan kebahagian hidupnya.Umurnya baru mencecah 28 tahun,mempunyai 2 orang anak.Wallahu’alam..“hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnys yg berlaku“ dan saya tidak berani untuk berkata-kata lagi dan hanya mampu mendengar

Setiap pagi sejak berada dihospital,jam 5 pagi saya telah berciap diri dan kemuadian baru membantu ibu unutk berciap. Setelah solat subuh,suaminya datang lagi dan sempat bercakap dengan ibuku sementara pesakit tersebut berada ditandas.Ibu berpesan supaya bersabar dan membawanya untuk berubat dengan mana2 ustaz yang mempunyai ilmu dalam hal2 sepeti ini.Kelihatan dari raut wajah lelaki tersebut dalam kerisauan dan mengambil kesempatan unutk meluah kebimbangannya pada ibu.

Pagi itu,ayah membawaku pulang ke rumah untuk menyiapkan lauk kerana lauk yang dimasak kakak semakin kehabisan.Dala perjalanan pulang,dibeli seekor ayam dan ayam itu kumasakkan lauk gulai ayam seperiuk....huhuhu..banyak tuh,tersilap sebenarnya.Maklumlah nak bg cukup unutk 2/3 hari.Alhmdlillh,selesai memasak,pakaian yg dibawa pulang dari hospital dn direndam pada pg tdi dibasuh untuk dibawa semula pada ptg nnti.

MALAM KEEMPAT DIHOSPITAL(malam rabu)

Pada malam ini,kami dapt tidur lena sedikit kerana pesakit disebelah sudah tidak ada kerana dibenarkan pulang oleh doktor pada ptg tdi.Walaupun katil kosong disebleah,kami yang menjaga pesakit memang xberani untuk tidur disitu.Jadi kerusilah yang menjadi teman setiaku.

Alhamdulillah...pada malam itu ibu dapat tidur lena juga kerana kurang diganggu olh nurse.Ibu sudah dapat berjalan sendiri ke tandas dan meminta saya menjaga tempat kerana ada kes kecurian baru-baru ni dihospital tu.

Sepanjang hari Rabutersebut dari pag hingga petang,saya menghabiskan masa berharga bersama ibu,dengan bercerita seperti biasa dan berkongsi pendapat. Sepanjang bersama,saya dapat menemani ibu makan bersama,dan paling bermakna,berpeluang menyuap ibu kerana kesusahan untuk ibu makan.Saat2 bersama ibu ketika dihospital akan sentiasa diingati dan menjadi kenangan kita berdua.Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi peluang kepadaku mnejaga ibu.

Pada ptg itu,dalm jam 6ptg ,ayah datang bersama Faris.Ibu bertegas ingin kupulang tidur dengan baik,Kata ibu,kesian melihatku tidur tersenggugk dikerusi.Saya amat berat meninggalkan ibu keseorangna.Namun,ibu mengutarakan adik2 menjadi sebab dan memintaku membantu dan bersama adik2 sebelum bertolak pulang ke UMP pada pagi khamis esoknya.Akhirnya,demi adik2 dan ibu,saya bersetuju.


25/03/10(Khamis)

Pada pagi tersebut,Fikri mengejutkanku dari tidur kerana agak keletihan menyebabkan tidak terjaga sendiri pada pagi itu.Sebelum tidur telah dipesan padanya utk mengejutkanku sekiranya msih tidak bangun.Jam sdh hampir 6.30pg dan saya bergegas bersiap untk solat dan menyiapkan sarapan untk adik2 dan ayah yang akan pulang dari kerja pada pagi tersebut.Faris dan Aiman bersiap untuk ke sekolah dan Faiz jg berciap awl pada hari itu unutk pergi sekali menghntar ku ke terminal dan singgah dihospitL sekejap.

Hanya seorang dibenarkan naik dan saya sempat berjumpa ibu sebelum bertolak pulang ke UMP.Wajah ibu memberiku ketengan untuk pulang dan jangkaan ibu dapt pulang pada ptg itu. Namun,doktor masoh tidak membenarkan ibu pulang dan masih ditahan dihospital.Pada malam itu,abg sulongku bertolak pung ke rumah untuk menjaga ibu.

Alhamdulillah,berkat doa sahabat2 dan semua serta keizinanNYA,ibu dibenarkan pulang pada keesokan harinya dan keadaan semakin pulih. Semoga ibuku terhindar daripada penyakit2 berbahaya begitu juga abah.Ya ALLAH,peliaharalh mereka kerana kehadiran meraka amat bermakna dalam hidup kami.








No comments: