Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Friday, April 2, 2010

Pengurusan Masa yang efektif bersama Ustaz Hasrizal

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sekali lagi saya berkesempatan untuk menghadiri satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) pada petang tadi yang diadakan diMasjid UMP bermula selepas solat Jumaat.Tajuk perkongsian yang disampaikan pada kali ini ialah"Hikmah First Thing First & Fiqh Aulawiyyat- Pengurusan Masa yang Efektif".

Bermula dengan konsep Kembara Hidup yang ditekankan oleh ust Hasrizal amat memberi kesan kepada setiap diri yang betul-betul mencari dimanakah silap kita dalam pengurusan masa sedangkan setiap manusia telah diberikan tempoh masa yang sama.Tidak kira dia manusia sehebat mana sekalipun,masa yang dia ada adalah sama dengan diri kita.Jadi,bila dimuhasabah,dimanakah silap diri ini???



Kembara Hidup...(amat kene dengan blog saya iaitu kembarhidup). Penjelasan ust bermula dengan perjalanan kita yang bermula dari alam roh,kemudian kepada alam rahim,alam dunia,alam barzakh dan destinasi terakhir ialah alam mahsyar yang menjadi penentu samaada Syurga @ Neraka tempat kita.Sekiranya dihayati sepanjang perjalanan kita yang sedang mengembara ini,nak tak nak kita akan menuju satu saat iaitu kematian.

Hidup didunia yang hanya sementara memang diakui oleh semua makhluk terutama kita sebagai orang IsLam beriman pada Hari Akhirat.Namun,dimana persiapan kita?Kesibukan kita mengejar kehidupan didunia menyebabkan kita seringkali lupa kematian sedang menanti.Kesibukan kita mengejar segulung ijazah dan kenikmatan didunia.YA!!!kita mungkin berangan2 bahawa kita bakal menjadi seorang Doktor,seorang Jurutera.YA!!kita bakal menjadi seorang siswazah yang berjaya...Namun itu belum pasti.Kematian masih menunggu.Tidak kira tua atau muda,sihat atau sakit,bila ajal dah datang,ia memang tidak boleh ditangguh.Jadi,kata-kata ustaz begitu menusuk dihati...KITA SEMUA ADALAH BAKAL JENAZAH!!!.Ya ALLAH....masih banyak bekalan yang tidak mencukupi untuk bertemu denganNYA.

Seketika,ustaz memasang aluanan nasyid daripada kumpulan Hijjaz bertjuk Pelita Hidup.Setelah dibuka minda kami dengan mengingati kematian,penghayatan lirik2 yg didendangkan oleh kumpulan Hijjaz tersebut amat bermakna.Disini saya sertakan lirik nasyid tersebut untuk penghayatan bersama.

Pelita Hidup
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan dimalam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan disana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

"Hiduplah kamu didunia seolah-olah kamu ini warga asing @ pengembara disebuah perjalanan".Warga asing atau pengembara akan berusaha menghargai perjalanan tersebut dangan mencari sebanyak mugkin bekal yang diperlukan.Sekiranya itulah tempat mereka untuk mencari bekal,maka mereka akan gunakan masa seoptimum mungkin untuk memperoleh sesuatu bekalan.Begitulah sebenarnya yang kita sebagai seorang pengembara perlu lakukan.Masa ini perlu digunakan seoptimumnya untuk bekalan kita dialam akhirat nanti.

Bermula dengan alam Roh,iaitu alam yang paling dekat dengan ALLAH.Allah swt telah berbicara secara langsung dengan kita semasa berada dialam sana.Pertanyaan ALLAH swt telah kita akui sebelum lahir lagi,iaitu pengiktirafan kita bahawa ALLAH swt adalah Tuhan yang wajib disembah.Ya!kita amat dekat dengan ALLAH semasa dialam roh.Alam ini memberi implikasi yang besar kepada kita semasa dialam yang ketiga iaitu alam Dunia.

Alam Dunia sebenarnya memang berkait dengan alam Roh.Alhamdulillah...sekarang baru saya dapat kaitkan secara logiknya.Seperti yang ust sampaikan pada petang tadi,analogi ust adalah sekiranya kita berasal daripada kampung,kemudian kita bekerja dibandar bertahun-tahun atau belajar ditempat lain sudah sekian lama,sudah semestinya kita akan merindui suasana dikampung dan hati akan terlonjak-lonjak ingin pulang ke kampung.Bila dah sampai dikampung atau tempat asal,lihat suasananya sahaja sudah memberi ketenangan.Hilang segala kegelisahan ditempat belajar atau tempat kerja.Keadaan ini memang dihadapi oleh kita sebagai pelajar.Jadi?kita boleh lihat persamaan disini,asal kita dikampung,ketenangan kita diperoleh bila kembali kepada yang asal.Berbalik kepada persoalan kita sebentar tadi,asal kita dekat dengan ALLAH dialam Roh,bila dialam ketiga,Alam Dunia,ketenangan akan kita peroleh dengan kembali kepada asal iaitu "DEKAT KEPADA ALLAH swt."Amat senang analogi yang ust sampaikan untuk kita sama2 berfikir.

Alam Rahim ialah alam kedua.Ust persoalkan kepada kami kenapa kaum wanita yang dikurniakan ALLAH swt untuk melahirkan anak sedangkan bila diukur dari segi kekuatan,kaum lelaki yang sepatutnya lebih kuat.Sebab itu ia dinamakan Alam Rahim,iaitu alam kasih sayang.Lelaki dikurniakan 9 rasional dan 1 emosi manakala perempuan dikurniakan 1 rasional tetapi 9 emosi.Disini kita sendiri boleh nilai kenapa perempuan dikurniakan ALLAH swt untuk melahirkan anak,sanggup bertahan sehingga 9 bulan bersama susah payah demi kasih sayangnya kepada anak didalam kandungan.

Alam Barzakh....Inilah alam yang kita semua takutkan.Kematian...setiap daripada kita akan meniggalkan dunia ini.Selepas itu alam barzakh akan ditempuhi.Kemudian sehingga alam yang terakhir ialah alam Mahsyar.Bagaimana manusia boleh mempercayai adanya Alam Mahsyar?Apa yang boleh untuk meyakinkan tentang kewujudan Alam Mahsyar???Persoalan ini memang terjawab setelah mendengar penyampaian daripada ust.Alhamdulillah.

Cerita ust walaupun amat santai,tetapi ia memberi kefahaman kepada kami.InsyaALLAH...Sebuah kisah Hindustan yang mempunyai seorang Hero dan penjahat.Diakhir ceritanya,dalam satu pertarungan hero tersebut mati dan penjahat itu menang dengan membawa lari kekasih hero itu.Kemudian,dengan masih syok menonton,The End.Hah?dah habis ke cerita?Kita semestinya tidak berpuas hati kerana tidak ada pengadilan yang sebetulnya,melainkan dia tulis "to be continue"..Huhu,barulah lega hati kita.Betul tak?Jadi,ini menguatkan kita kenapa Alam Mahsyar itu ada.Disinilah tempat terakhir yang mempunyai 2 pilihan samaada Syurga atau Nerakakah tempat kita.Nauzubillah..YA ALLAH...jauhkan kami daripada NerakaMU dan dekatkan dan masukkan kami kedalam SyugaMU.Amiiin.

Syurga adalah tempat idaman setiap makluk.Sekiranya kita ingin memasukinya,kita mesti menilai siapakah manusia bertuah yang telah dijanjikan ALLAH swt berada diadalmnya.Rasululla saw,sahabat2,para syuhada dan ramai lagi.Siapakah mereka itu?Mereka adalah orang2 yang hebat dan mendekat diri kepadaNYA.Banyak manakah masa yang Allah berikan kepada mereka?Yer betul!!!mereka adalah orang hebat tetapi masayang dikurniakanNYA adalah sama sahaja dengan kita.Jadi apa bezanya?kenapa kita tidak boleh berusaha menjadi seperti mereka?Disinilah silap kita,iaitu dari segi pengurusan pada masa tersebut.

Wah,panjang lebar ust terangkan mengenai pengembaraan hiduo ini.Alhamdulillah,semoga ia difahami oleh semua.InsyaALLAH.Selepaa kita memahami perjalanan hidup inilah baru kita akan menghargai masa dan berusaha untuk mengurusnya dengan sebaik mungkin.

"Orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa,tetapi orang yang memaksa diri unutk membuat perubahan adalah orang yang berjaya"Cuba kita sama-sama renung kata-kata ust ni.Ya! bila kita yang memaksa diri bermakna kita yang mengwal diri tetapi sekiranya kita tetapi sekiranya kita terpaksa dalam melakukan sesuatu perkara,keadaanlah yang mengawal diri kita.

Tips utamanya dalam pengurusan masa yang berkesan adalah kita tentukan dulu apakah batu2 besar(perkara penting) dalam hidup kemudian baru masukkan batu kecil(perkara kecil).Sekiranya dimasukkan batu kacil dulu didalam sebuah gelas,sudah semsetinya batu besar sudah tidak muat,ttpi sekiranya dimasukkan batu besar dulu,batu2 kecil dapat memenuhi ruang2 antara batu2 besar tersebut.

Kemudian,ust mengajak kita pergi kepada sistem nilai.Macamane nak pergi? Disini kita kene menentukan dulu apakah nilai kita,iaitu bahan bakar apa?,misi dan visi apa?.Apa yang hendak dicapai pada akhirnya dan didalam perjalanan tersebut semestinya ada burning desire iaitu keinginan yang membara.Alhamdulillah,tetapkan matlamat kita,dan berusahalah untuk mengurus masa dengan sebaik mungkin.Sesungguhnya mereka yang sibuk sahaja tahu menghargai masa.

"Air yang bertakung,statik, tidak mengalir akan rosak,begit juga dengan anak muda yang tidak aktif,mempunyai banyak masa terluang,masa lapang tersebut pasti akan membunuhnya"

"Allah swt tidak berminat kepada mereka yang banyak memberi alasan kerana ALLAH swt telah memberi masa yang sama kepada hambaNYA seperti yang diberikan kepada manusia2 yang hebat.Berusahalah menjadi manusia2 yang hebat kerana ia bukan kemahuan tetapi adalah suatu kemestian"

Disini dulu dapat dikongsikan daripada input2 yang amat berguna diterima pada petang tadi.Alhamdulillah....sujud Syukur hanya padaMU...

Wassalam

No comments: