Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Friday, April 23, 2010

Maafkan ku Teman..




Video ini kutujukan khas bt sahabat2 yg mengenali diri ini.Hati tiba2 terasa sayu,disamping menunggu detik kematian yg kita tdk pasti bila waktunya,sekarang semakin hampir juga detik untuk aku meninggalakan bumi UMP yang telah banyak berbakti ini.Kenangan di UMP bersama sahabat2 tidak akan pernah dilupakan.Yer...tidak pernah sama sekali kerana disinilah aku menemui sesuatu yg amat bermakna.Alhamdulillah,aku bersyukur kpdMU.

Kematian sentiasa mengejar kita...

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari sejak kebelakangan ini,berita kematian yang datang mencurah2 ke dalam telinga amat memberi kesedaran kepada kita supaya sentiasa ingat pertemuan kita denganNYA disana nnti,supaya kita sentiasa sedar kita akan mati!!!

Siapa sangka,sedang menaip ini pun jika sudah sampai ajal pasti akan mati juga.YA ALLAH...takutnya memikirkan hal itu.Semoga kita dapat mengumpulkan bekalan yang sebanyak mungkin untuk dibawa ke sana.

Baru-baru ini,17hb 4(kalu xsilap),berita kematian seorang penyanyi yg cukup dikenali dan masih muda dalam kemalangan ngeri masih menjadi kejutan buat diri.Achik dari kumpulan Spin,siapa sangka akan menemui ajal pada masa itu dan sebelum itu seorang pelakon yg cukup dikenali juga,Din beramboi meniggal kerana keracunan.Setiap detik,pasti ada kematian yg berlaku,hanya untuk kita sedar atau tidak,masa kita akan tiba juga tidak lama nanti.Al-Fatihah buat mereka yg telah kembali ke rahmatullah.
~~Al-Fatihah~~

Tuesday, April 13, 2010

Bercerita mengenai motivasi... Dimana hilangnya???

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,hari Ahad baru2 ni saya berkesempatan mendengar sedikit pengisian daripada seorang ustaz.Walaupun pengisiannya hanya sekejap tetapi isi itu yang penting.Setiap yg diperoleh akan kuusahakan utk berkongsi disini kepada semua yg membaca kerana mungkin daripada banyak2 yg ditaip,ada jg yg memberi kesan dan memberi manfaat(teringat kuliah maghrib sebentar td yg membincangkan mengenai beriman kepada hari akhirat,bercerita mengenai kepulan api yang hitam,kelihatan seperti bukit.Apabila mereka melihat api neraka,mereka melarikan diri ke bukit tersebut,namun semakin dekat,semakin terasa panasnya.Ini menunjukkan tiadanya tempat berlindung ketika berada disana nnti)..Ya ALLAH,apabila aku bertemu denganMU nnti,moga2 setiap yg kusampaikan disini dapat menjadi sedikit bekalanku disana nnti.Amin.

Berbalik kepada motivasi.Adakah motivasi dalam diri sudah tiada bila semangat untuk melakukan sesuatu tiada???Ini terjawab setelah selesai pengisian ustaz.Bermula dengan perbandingan konsep dahaga@ haus. Ia mrupakan penolak semulajadi untuk kita mendapatkan air.Seperti kata ustaz,tindakan yang betul berinteraksi dengan baik untuk mencari air.Ini apabila kita lihat dari sudut psikology.

Saturday, April 10, 2010

Projek stage 2 MP sudah berjaya! Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...

Berkenaan projek MP yang telah berjaya pada pagi smalam,situasi yg betul2 mengembirakan dan memuaskan hati kami(sy n muni).Bukan shaja dapat jalankn projek,tetapi dpt demo scra live depan En.Badar tu...hehe.Jadi disini sy nak citekan sdikit sebanyak rentetan stge 2,sepanjg perjalanan kami hingga berjaya melalui stage 2 ni :)

Selepas melakukan sambungan semula seperti yg telah dipostkan sebelum ini,output yg hendak dikeluarkan tidak juga mengeluarkan hasil yg dikehendaki.Hati rase cukup terkilan ttpi dikuatkan supaya sabar dan melakukan pemeriksaan semula pada setiap kaki.Alhamdullillah,dijumpai beberapa kaki yg tidak disambung iaitu pada ground dan juga vcc.Bila kesilapan dijumpai,kita rasa gembira krn mungkin projek akan jalan selepas diperbtulkan,namun,harapan sia-sia.Gembiraku jumpa sambungan itu,jadiku xdpt berkata apa2.Sy senyap,diam...memikirkan apa kesilapannya lagi.

Wednesday, April 7, 2010

TROUBLESHOOT....

BIsmillahirrahmanirrahim…

Tiada pengisian berharga sangat yang dapat saya kongsikan disini.Cuma sekarang,saya dalam proses untuk menyiapkan satu projek.Cukup-cukup menguji kesabaran apabila sesuatu yang kita betul-betul ingin hasilkan akhirnya tidak berjaya mendapat output yang dikehendaki.

Setelah kita berusaha dengan memasukkan sebanyak mane input yang diperlukan,ketelitian,kesabaran,pengfokusan,namun apabila diuji keberkesanan,outputnya tidak sama seperti yang kita inginkan.Disinilah yang menguji kesabaran kita sebenarnya samaada kita akan tetap berusaha ataupun mengalah kerana sudah letih dengan penambahbaikan yang tidak membuahkan apa-apa perubahan kearah positifnya sesuatu akan bergerak kearah yang kita inginkan.Setelah melakukan “troubleshoot” pada setiap ‘connection’,kesilapan yang dicari tidak juga dijumpa bahkan membuatkan hati terus rungsing dan kepala juga pening melihat litar yang berserabut.Akhirnya,atas nasihat daripada seorang adik supaya membuka semula sambungan dan membuat sambungan yang sama semula dilakukan juga.

Akhirnya,sambungan yang amat kujaga sebelum ini supaya tidak terurai atau tercabut terpaksa dibuka untuk melakukan sambungan yang baru.Walaupun terasa sayang dengan hasil kerja yang sudah dilakukan,namun untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan,kita mestilah sanggup untuk berkorban demi memperbetulkan keadaan.Situasi ini kita boleh bandingkan dengan perhubungan yang sentiasa kita jaga supaya tidak putus.Namun,sekiranya jalan kepada sesuatu hubungan tersebut adalah salah,jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah kita mesti sanggup untuk memutuskannya dan mencari jalan yang betul2 diredhaiNYA.

Begitu juga dengan kehidupan ini.Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian sepatutnya menjadi muhasabah untuk diri.Walau sebanyak mana usaha yang telah kita lakukan,namun segalanya terpulang padaNYA untuk member I atau tidak kepada hambaNYA.Putus asa setelah kegagalan dalam sesuatu perkara adalh sifat yang amat tidak disukaiNYA.Kegagalan atau kejayaan dalam kehidupan memberi makna dalam kehidupan kita.Sekiranya kegagalan yang diberikan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesabaran hambaNYA dan sekiranya diberkan kejayaan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesyukuran hambaNYA.

“BERSYUKUR DAN BERSABAR TIDAK DAPAT DIPISAHKAN,BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMATNYA DAN BERSABARLAH DENGAN SEGALA UJIANNYA”

P/S: Bermula sambungan yang baru….moga2 output yang betul dikeluarkan.Amin.

Friday, April 2, 2010

Pengurusan Masa yang efektif bersama Ustaz Hasrizal

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sekali lagi saya berkesempatan untuk menghadiri satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) pada petang tadi yang diadakan diMasjid UMP bermula selepas solat Jumaat.Tajuk perkongsian yang disampaikan pada kali ini ialah"Hikmah First Thing First & Fiqh Aulawiyyat- Pengurusan Masa yang Efektif".

Bermula dengan konsep Kembara Hidup yang ditekankan oleh ust Hasrizal amat memberi kesan kepada setiap diri yang betul-betul mencari dimanakah silap kita dalam pengurusan masa sedangkan setiap manusia telah diberikan tempoh masa yang sama.Tidak kira dia manusia sehebat mana sekalipun,masa yang dia ada adalah sama dengan diri kita.Jadi,bila dimuhasabah,dimanakah silap diri ini???