Alhamdulillah,hari Ahad baru2 ni saya berkesempatan mendengar sedikit pengisian daripada seorang ustaz.Walaupun pengisiannya hanya sekejap tetapi isi itu yang penting.Setiap yg diperoleh akan kuusahakan utk berkongsi disini kepada semua yg membaca kerana mungkin daripada banyak2 yg ditaip,ada jg yg memberi kesan dan memberi manfaat(teringat kuliah maghrib sebentar td yg membincangkan mengenai beriman kepada hari akhirat,bercerita mengenai kepulan api yang hitam,kelihatan seperti bukit.Apabila mereka melihat api neraka,mereka melarikan diri ke bukit tersebut,namun semakin dekat,semakin terasa panasnya.Ini menunjukkan tiadanya tempat berlindung ketika berada disana nnti)..Ya ALLAH,apabila aku bertemu denganMU nnti,moga2 setiap yg kusampaikan disini dapat menjadi sedikit bekalanku disana nnti.Amin.
Berbalik kepada motivasi.Adakah motivasi dalam diri sudah tiada bila semangat untuk melakukan sesuatu tiada???Ini terjawab setelah selesai pengisian ustaz.Bermula dengan perbandingan konsep dahaga@ haus. Ia mrupakan penolak semulajadi untuk kita mendapatkan air.Seperti kata ustaz,tindakan yang betul berinteraksi dengan baik untuk mencari air.Ini apabila kita lihat dari sudut psikology.
Namun,masalahnya berlaku apabila 'dafiq' memberi isyarat tetapi kita tidak melayannya.Pada saat itu kita menolak fitrah menyebabkan badan lemah.
Keperluan kita bukan dari sudut psikology sahaja tetapi ada elemen lain yang kita sebagai manusia telah ditugaskan iaitu menjadi khalifah.Jadi,kita mempunyai 'dafiq' yang lain iaitu RUH.Sebagai contoh,ALLAH swt merencana sesuatu berlaku dan sifat manusia apabila berada dalam tertekan akan mencari ALLAH.Itulah daya penolaknya kepada mendekatkan diri kepada ALLAH swt.
Contoh keadaan ini telah ALLAH terangkan dalam beberapa tempat didalam Al-Qur'an.Terdapat kisah mereka yang sedang berlayar,sedang bersuka ria diatas kapalnya,namun,ditakdirkan ALLAH,ribut berlaku yg menghempas kapalnya dan pada ketika itu mereka segera ingat kepada ALLAH,sedangkan pada seketika tadi mereka bersuka ria tanpa batasan.
Mereka berdoa supaya ALLAH selamatkan daripada bencana tersebut..Kemudian,ALLAH swt teangkan keadaan tersebut.Firman ALLAH dalam Al-Qur'an:
"Mereka lupa tentang doa mereka dan ramai antara mereka menjadi orang-orang yg ingkar"
Ramai manusia apabila terlepas daripada bala,lupa kepada ALLAH.Keaddan inilah dinamakan'dafiq',penolak untuk mendekatkan diri kepada ALLAH,yang ALLAH hidupkan.
Motivasi.Situasinya sama dengan keadaan diatas juga.Sebenarnya dalam diri kita sudah ada motivasi itu sendiri.KItalah yg kene berusaha utk menjadi daya penolaknya.
"Sebagai pekerja dakwah juga,iaitu khalifah dibumi ALLAH,cabarannya sangat banyak.Seorang pejuang perlu lebih mendekatkan diri kepada ALLAH,perlu kenal ALLAH bukan dari sudut akli sahaja ttpi dari sudut hati."Al-Iman Al-Zauqi(kalu silap btau) iaitu IMAN YANG DIRASAI""
No comments:
Post a Comment