Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Wednesday, April 7, 2010

TROUBLESHOOT....

BIsmillahirrahmanirrahim…

Tiada pengisian berharga sangat yang dapat saya kongsikan disini.Cuma sekarang,saya dalam proses untuk menyiapkan satu projek.Cukup-cukup menguji kesabaran apabila sesuatu yang kita betul-betul ingin hasilkan akhirnya tidak berjaya mendapat output yang dikehendaki.

Setelah kita berusaha dengan memasukkan sebanyak mane input yang diperlukan,ketelitian,kesabaran,pengfokusan,namun apabila diuji keberkesanan,outputnya tidak sama seperti yang kita inginkan.Disinilah yang menguji kesabaran kita sebenarnya samaada kita akan tetap berusaha ataupun mengalah kerana sudah letih dengan penambahbaikan yang tidak membuahkan apa-apa perubahan kearah positifnya sesuatu akan bergerak kearah yang kita inginkan.Setelah melakukan “troubleshoot” pada setiap ‘connection’,kesilapan yang dicari tidak juga dijumpa bahkan membuatkan hati terus rungsing dan kepala juga pening melihat litar yang berserabut.Akhirnya,atas nasihat daripada seorang adik supaya membuka semula sambungan dan membuat sambungan yang sama semula dilakukan juga.

Akhirnya,sambungan yang amat kujaga sebelum ini supaya tidak terurai atau tercabut terpaksa dibuka untuk melakukan sambungan yang baru.Walaupun terasa sayang dengan hasil kerja yang sudah dilakukan,namun untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan,kita mestilah sanggup untuk berkorban demi memperbetulkan keadaan.Situasi ini kita boleh bandingkan dengan perhubungan yang sentiasa kita jaga supaya tidak putus.Namun,sekiranya jalan kepada sesuatu hubungan tersebut adalah salah,jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah kita mesti sanggup untuk memutuskannya dan mencari jalan yang betul2 diredhaiNYA.

Begitu juga dengan kehidupan ini.Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian sepatutnya menjadi muhasabah untuk diri.Walau sebanyak mana usaha yang telah kita lakukan,namun segalanya terpulang padaNYA untuk member I atau tidak kepada hambaNYA.Putus asa setelah kegagalan dalam sesuatu perkara adalh sifat yang amat tidak disukaiNYA.Kegagalan atau kejayaan dalam kehidupan memberi makna dalam kehidupan kita.Sekiranya kegagalan yang diberikan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesabaran hambaNYA dan sekiranya diberkan kejayaan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesyukuran hambaNYA.

“BERSYUKUR DAN BERSABAR TIDAK DAPAT DIPISAHKAN,BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMATNYA DAN BERSABARLAH DENGAN SEGALA UJIANNYA”

P/S: Bermula sambungan yang baru….moga2 output yang betul dikeluarkan.Amin.

No comments: