Aku MencintaiMU...

Engkau sentiasa disisiku memberi petunjuk,Walau seringkali aku lupa padaMU,engkau tidak pernah meninggalkan diri ini...Begitu manisnya CintaMU pada hambaMU,Terbitkan kemanisanku dalam mencintaiMU,Sesungguhnya CintaMU yang aku dambakan.Kembarahidupku bermula dengan lafaz "AKU MENCINTAIMU dan KEKASIHMU,Rasulullah saw"


KembaliLAH Kepada Yang Asal

KembaliLAH Kepada Yang Asal

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Harapan diri,menemui pembimbing dalam menuju ke JalanMU

Monday, October 11, 2010

Kenangan 9-10/10/10 [hatiku berbunga kembali]



Bersama adik2 yang diingati selalu.Thanks adik2ku,kalian membawa cahaya dalam hidupku.I will always miss u all(^_^)



Bersama rakan2 sekelas thn 4 BEC,Bachelor of Electrical Engineering.Tahniah rakan2ku dah grad!!!



Bersama sahabat2 seperjuangan.Kesungguhan kalian banyak mengajarku erti kehidupan.I will always miss u all!

Monday, July 19, 2010

Renungan hari ini...Same2 fikir2kN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...kali ini ketika masih berkesempatan ingin sy coretkan mengENAI kisah seorang hamba ALLAH yang telah bermimpi satu kejadian yang anis.Dalam mimipi tersebut,beliau telah diberikan nasihat mengenai 5 perkara ketika perjalanannya pada hari esoknya.

Ketika dalam perjalanan,5 perkara yang perlu dilakukan,semua ini perlulah dilakukan mengikut turutannya.pertama,Makanlah,kedua,sembunyikanlah,ketiga,terimalah,keempat jangan putuskan harapan, dan yang terakhir larilah....

Monday, June 14, 2010

Hari Pertama Latihan Industri di JKR

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhmdulillah...Syukur kehadratnya hari yg dinanti sepanjang cuti bermula telah pun tiba.Hari ini,saya selamat mendaftar di JKR bukit kecil.Permulaan nk pergi tuh ada gelabah jgklah...smpai nk pakai baju pun tnya kwan2 mcmner...last2 sy sorang jek pakai baju tshirt sbb xsempat nk gosok baju kurung...huhu...xformallah hari pertama nih jadinyer...Akhirnya kenelah berleter ngn mak,suh gosok malam sblm g keje lainkali...uwaa...Haa...mase nak naik kete pun,bt hal lagi....kasut yg dipakai tertarik ntah mcner...tercabutlh pengepit diatasnya...hehe...nasib xperasan...bt selamba jerlah...

Dalam jam 7.30 bertolak ngan ayah g JKR.Sampai sana,alhmadulillah...jumpa jue ngan syaza kt depan blok cawangan elektrik tu...huh...lega hati nampak shbt2 sekali...hehu...Masa tuh...yein (mekanikal)sdh pg ke blok sebelah cawangan mekanikal.Kami blok hanya berjiran jek...xjauh pun...


Thursday, June 3, 2010

Kasih

Assalamualaikum....

Niat dihati..tiada kata lagi hendak diungkapkan disini...dengan membiarkan ia tidak bergerak sejak sekian lama,walau berkali dibuka blog ini,namun...setiap apa yg hendak dibicarakan seakan-akan terhenti kerana risau tersalah memberitahu,apatah lagi,sudah ada yg tahu blog peribadiku ini.Mungkin setiap luahan hati tidak sesuai diluahkan satu persatu disini,dan mungkin juga ada yg perlu disimpankan hanya dilubuk hati @ kembali menulis dibuku merah yg sudah lama ditinggalkan tidak terbuka,disitulah tercatat segala segala rahsia dan luahan peribadku dalam perjalanan ini.

Friday, April 23, 2010

Maafkan ku Teman..




Video ini kutujukan khas bt sahabat2 yg mengenali diri ini.Hati tiba2 terasa sayu,disamping menunggu detik kematian yg kita tdk pasti bila waktunya,sekarang semakin hampir juga detik untuk aku meninggalakan bumi UMP yang telah banyak berbakti ini.Kenangan di UMP bersama sahabat2 tidak akan pernah dilupakan.Yer...tidak pernah sama sekali kerana disinilah aku menemui sesuatu yg amat bermakna.Alhamdulillah,aku bersyukur kpdMU.

Kematian sentiasa mengejar kita...

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari sejak kebelakangan ini,berita kematian yang datang mencurah2 ke dalam telinga amat memberi kesedaran kepada kita supaya sentiasa ingat pertemuan kita denganNYA disana nnti,supaya kita sentiasa sedar kita akan mati!!!

Siapa sangka,sedang menaip ini pun jika sudah sampai ajal pasti akan mati juga.YA ALLAH...takutnya memikirkan hal itu.Semoga kita dapat mengumpulkan bekalan yang sebanyak mungkin untuk dibawa ke sana.

Baru-baru ini,17hb 4(kalu xsilap),berita kematian seorang penyanyi yg cukup dikenali dan masih muda dalam kemalangan ngeri masih menjadi kejutan buat diri.Achik dari kumpulan Spin,siapa sangka akan menemui ajal pada masa itu dan sebelum itu seorang pelakon yg cukup dikenali juga,Din beramboi meniggal kerana keracunan.Setiap detik,pasti ada kematian yg berlaku,hanya untuk kita sedar atau tidak,masa kita akan tiba juga tidak lama nanti.Al-Fatihah buat mereka yg telah kembali ke rahmatullah.
~~Al-Fatihah~~

Tuesday, April 13, 2010

Bercerita mengenai motivasi... Dimana hilangnya???

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,hari Ahad baru2 ni saya berkesempatan mendengar sedikit pengisian daripada seorang ustaz.Walaupun pengisiannya hanya sekejap tetapi isi itu yang penting.Setiap yg diperoleh akan kuusahakan utk berkongsi disini kepada semua yg membaca kerana mungkin daripada banyak2 yg ditaip,ada jg yg memberi kesan dan memberi manfaat(teringat kuliah maghrib sebentar td yg membincangkan mengenai beriman kepada hari akhirat,bercerita mengenai kepulan api yang hitam,kelihatan seperti bukit.Apabila mereka melihat api neraka,mereka melarikan diri ke bukit tersebut,namun semakin dekat,semakin terasa panasnya.Ini menunjukkan tiadanya tempat berlindung ketika berada disana nnti)..Ya ALLAH,apabila aku bertemu denganMU nnti,moga2 setiap yg kusampaikan disini dapat menjadi sedikit bekalanku disana nnti.Amin.

Berbalik kepada motivasi.Adakah motivasi dalam diri sudah tiada bila semangat untuk melakukan sesuatu tiada???Ini terjawab setelah selesai pengisian ustaz.Bermula dengan perbandingan konsep dahaga@ haus. Ia mrupakan penolak semulajadi untuk kita mendapatkan air.Seperti kata ustaz,tindakan yang betul berinteraksi dengan baik untuk mencari air.Ini apabila kita lihat dari sudut psikology.

Saturday, April 10, 2010

Projek stage 2 MP sudah berjaya! Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...

Berkenaan projek MP yang telah berjaya pada pagi smalam,situasi yg betul2 mengembirakan dan memuaskan hati kami(sy n muni).Bukan shaja dapat jalankn projek,tetapi dpt demo scra live depan En.Badar tu...hehe.Jadi disini sy nak citekan sdikit sebanyak rentetan stge 2,sepanjg perjalanan kami hingga berjaya melalui stage 2 ni :)

Selepas melakukan sambungan semula seperti yg telah dipostkan sebelum ini,output yg hendak dikeluarkan tidak juga mengeluarkan hasil yg dikehendaki.Hati rase cukup terkilan ttpi dikuatkan supaya sabar dan melakukan pemeriksaan semula pada setiap kaki.Alhamdullillah,dijumpai beberapa kaki yg tidak disambung iaitu pada ground dan juga vcc.Bila kesilapan dijumpai,kita rasa gembira krn mungkin projek akan jalan selepas diperbtulkan,namun,harapan sia-sia.Gembiraku jumpa sambungan itu,jadiku xdpt berkata apa2.Sy senyap,diam...memikirkan apa kesilapannya lagi.

Wednesday, April 7, 2010

TROUBLESHOOT....

BIsmillahirrahmanirrahim…

Tiada pengisian berharga sangat yang dapat saya kongsikan disini.Cuma sekarang,saya dalam proses untuk menyiapkan satu projek.Cukup-cukup menguji kesabaran apabila sesuatu yang kita betul-betul ingin hasilkan akhirnya tidak berjaya mendapat output yang dikehendaki.

Setelah kita berusaha dengan memasukkan sebanyak mane input yang diperlukan,ketelitian,kesabaran,pengfokusan,namun apabila diuji keberkesanan,outputnya tidak sama seperti yang kita inginkan.Disinilah yang menguji kesabaran kita sebenarnya samaada kita akan tetap berusaha ataupun mengalah kerana sudah letih dengan penambahbaikan yang tidak membuahkan apa-apa perubahan kearah positifnya sesuatu akan bergerak kearah yang kita inginkan.Setelah melakukan “troubleshoot” pada setiap ‘connection’,kesilapan yang dicari tidak juga dijumpa bahkan membuatkan hati terus rungsing dan kepala juga pening melihat litar yang berserabut.Akhirnya,atas nasihat daripada seorang adik supaya membuka semula sambungan dan membuat sambungan yang sama semula dilakukan juga.

Akhirnya,sambungan yang amat kujaga sebelum ini supaya tidak terurai atau tercabut terpaksa dibuka untuk melakukan sambungan yang baru.Walaupun terasa sayang dengan hasil kerja yang sudah dilakukan,namun untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan,kita mestilah sanggup untuk berkorban demi memperbetulkan keadaan.Situasi ini kita boleh bandingkan dengan perhubungan yang sentiasa kita jaga supaya tidak putus.Namun,sekiranya jalan kepada sesuatu hubungan tersebut adalah salah,jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah kita mesti sanggup untuk memutuskannya dan mencari jalan yang betul2 diredhaiNYA.

Begitu juga dengan kehidupan ini.Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian sepatutnya menjadi muhasabah untuk diri.Walau sebanyak mana usaha yang telah kita lakukan,namun segalanya terpulang padaNYA untuk member I atau tidak kepada hambaNYA.Putus asa setelah kegagalan dalam sesuatu perkara adalh sifat yang amat tidak disukaiNYA.Kegagalan atau kejayaan dalam kehidupan memberi makna dalam kehidupan kita.Sekiranya kegagalan yang diberikan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesabaran hambaNYA dan sekiranya diberkan kejayaan,ALLAH ingin menguji sejauh mana kesyukuran hambaNYA.

“BERSYUKUR DAN BERSABAR TIDAK DAPAT DIPISAHKAN,BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMATNYA DAN BERSABARLAH DENGAN SEGALA UJIANNYA”

P/S: Bermula sambungan yang baru….moga2 output yang betul dikeluarkan.Amin.

Friday, April 2, 2010

Pengurusan Masa yang efektif bersama Ustaz Hasrizal

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sekali lagi saya berkesempatan untuk menghadiri satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) pada petang tadi yang diadakan diMasjid UMP bermula selepas solat Jumaat.Tajuk perkongsian yang disampaikan pada kali ini ialah"Hikmah First Thing First & Fiqh Aulawiyyat- Pengurusan Masa yang Efektif".

Bermula dengan konsep Kembara Hidup yang ditekankan oleh ust Hasrizal amat memberi kesan kepada setiap diri yang betul-betul mencari dimanakah silap kita dalam pengurusan masa sedangkan setiap manusia telah diberikan tempoh masa yang sama.Tidak kira dia manusia sehebat mana sekalipun,masa yang dia ada adalah sama dengan diri kita.Jadi,bila dimuhasabah,dimanakah silap diri ini???

Wednesday, March 31, 2010

Detik-detik cemas menyimpan seribu satu kenangan bersama insan tersayang

18/03/10(Khamis)

Sejak 2/3 hari yang lepas hati ini terlonjak-lonjak ingin balik umh,fikiran terngiang2 menyuruh saya balik.Sebenarnyer semanjak minggu lepas,namun didiamkan kerana ingin selesaikan test 2 yang diadakan pada 12hb/03 (mp) dan 18hb/03(emt) baru-baru ni.Hanya telefon yang menjadi perantara diriku dengan keluarga dikampung,

Kedengaran suara ibuku yang dalam keadaan tidak sihat menguatkan hati ini untuk pulang ke rumah.Alhamdulillah….ALLAH permudahkan segala urusan,akhirnya dengan tiada tiket balik ,tiba2 ada seorang kawan tolong belikan kerana dia pun ingin pulang juga ke kampung. Dengan tiada teman,rancanganku hanya untuk pulang ke rumah dengan bas lompat jika tiada tiket,walaupun dalam keseorangan akhirnya telah dapat tiket dan juga mempunyai teman untuk pulang sekali.Syukur kepadaMU,YA ALLAH.

Saturday, March 13, 2010

Sistem di Malaysia?Sekadar pendapat....

Bismillahirrahmanirrahim....

Sedikit perkongsian.

Semalam ketikan dalam perjalanan pulang dari kelas ke blok,tiba2 kami dikejar oleh 2 orang pelajar jurusan pembuatan yang lengkap dengan jaket masing2.Kami terpinga-pinga,mereka datang dengan tergesa-gesa dan ingin meminta tolong sesuati.Apabila melihat kelibatan mereka dengan kamera,saya membuat anggakan megatakan adakah ingin meminta kami untuk mengambil foto mereka?Rupanya anggapan sya kali ini adalah silap.Kedatangan mereka sebenarnya kerana ingin menyelesaikan tugasan subjek mereka iaitu memghasilkan satu video berkaitan pemerintahan diMAlaysia jika xsilap saya,dan meminta kami untuk memberikan pendapat terutama dari segi politik dan apa-apa saja yang berkaitan.

Kami terfikir,sesuatu yg tiba-tiba,apa nak diberitahu?biasalah,dengan secara spontan ingin mengeluarkan pendapat dengan microphone didepan muka bukannya mudah,ia berlainan dengan kita bercakap didepan sahabat2 dengan mengutarakan apa yang dipersetujui ataupun tidak.

Ya ALLAH...hatiku terdetik seketika,sebenarnya inilah peluang untuk kita bersuara,dan aku serahkan padaNYA,setiap bicara moga xterkeluar dari landasan.Alhamdulillah...selesai juga wawancara sekejap itu.

Namun,amat terasa tidak berpuas hati kerana apa yang dilontarkan itu sebenarnya hanya secebis daripada apa yang berlaku diMalaysia sekarang.Apa tidaknya,itupun kerana isu semasa terbaru berkaitan sikap pemimpin yang mementingkan diri sendiri semakin merebak dari semasa menyebabkan point utamaku pdad wawancara itu ialah berkaitan keadilan dalam politik itu sendiri.Dengan kes beberapa pemimpin yang mengambil keputusan unutk keluar dari mane2 parti dengan masih memegang jawatan yg diberi semasa berada diparti berkenaan adalah menunjukkan sikap pemimpin itu yang dilihat spt mementingkan diri sendiri dan sanggup memperjudikan nasib rakyat yang memberi amanah kepada mereka untuk menjalankan tanggunggjawab ketika mereka berada dipihak berkenaan.Ini bukan bermaksud mereka boleh menunaikan amanah dengsn hanya berda pada parti yang mereka dilantik pada mulannya,ttpi ia berkenaan keadilan itu sendiri.Adakah ia adil???sama2 kite renungkan.

Jika pemimpin tersebut msuk ke mana2 parti lain,kerusi parti tersebut akan bertambah dan mungkin akan merubah tamopuk pemerintahan,jadi bolehkah kita tengok sistem demokrasi disini???MASIHKAH IA BERFUNGSI???Sistem demokrasi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dipercayai dan daripada parti yang dipercayai.Namun sekirannya ia berubah tanpa persetujuan majoriti,ttp melibatkan sikap pemimpin yang tidak tetap pendirian,pada saya ia sama seperti mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Itu baru kita lihat dari segi keadilan dalam sistem pemerintahan.Sebenarnya masih banyak lagi isu-isu yang boleh dibangkitkan.Daripada pemimpin akan terlihatnya sistem pemerintahan yang bagaimana,daripada sistem pemerintahan,boleh dilihat pelaksanaannya macamna.Pelaksanaan yang selari dengan slogan yang diwar2kan mestilah selari dengan konsep sebuah negara Islam.Adakah semua ini dapat dijalankan sekiranya masih ada pemimpin yang memntingkan diri sendiri???

"Sesungguhnya amat berat tugas mereka yang telah diberikan amanah untuk memegang sesuatu jawatan terutama melibatkan ramai tanggungjawab dibwahnya,tiada masa untuk memikirkan hal yang membawa kepentingn diri sendiri sekiranya pemimpin itu sedar tanggungjawab yang dipikul.Jadi,kita sebagai rakyat mestilah membuat keputusan yang terbaik,memilih pemimpin menjadi kewajipan,sekiranya pemimpin yang tidak layak memegang sesuatu tempat kerana diri kita,amatlah berdosa diri ini,dan apakah jawapan kita diakhirat nanti???"

Wallahu'alam.

Thursday, March 11, 2010

Di Pagi Yang Hening

BIsmillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...dengan kurniaan ALLAH swt,dapat lagi saya menghirup udara segar dipagi ini.Cuma sebagai pembuka bicara hari ini,terasa ingin berkongsi sedikit perkembangan semasa diri berdasarkan apa yang dirancang sebelum ini.Sesungguhnya kita hanya dapat merancang,DIA yang menentukan sglnya,dan perancanganNYA adalah yg terbaik.

Pada mula-mula masuk sem baru sebelum ni,ada dimaklumkn sy dalam usaha untuk mencari kerja,sampai sekarang sebenarnya saya masih tidak bekerja dan menjadi pelajar sepenuh masa.ALhamdulillah...sekarang hati telah berbolak untuk lebih fokus pada pelajaran,dan kerja tu tidak diambil kira lagi bt mase ini.Sesungguhnya berdasarkan situasi yg dihadapi,itu yg lebih aula..

Pada 25-28hb 2 baru-baru ni,alhamdulillah....Kampus sy UMP telah berjaya melaksanakan satu Karnival sempena Maulidur Rasul dengan jayanya.Karnival itu dikenali dengan tema Kembali Ke MAdrasah Rasulullah saw(KEMBARA'10).Dengan berkat pertolonganNYA,KEMBARA'10 berjaya jg menambat hati warga UMP dengan pelbagai aktiviti yang diadakan iaitu jualan,musabaqah,perarakan,dan yang kemuncaknya ada juga konsert dengan kehadiran kumpulan Far-east dan Are-Buddy.Alhamdulillah...sujud syukur hanya padaMU.

HUHU...posting terbaru ada sy btau test MP pada malam tu,alhamdulillah...ditunda kepada esok(jumaat) jam 7.30 pagi.Semoga masa lebih yang diberikan digunakan dengan sebaik mungkin.Pensyarahku,en Badaruddin yang sy hormati,memang seorang yang berdisiplin...Kalu xpercaya,tgk tu...test kami mula 7.30 pg...memang pecah record...hihi.Kepada pensyarahku,en badar,semoga sentiasa kuat semangat dah sabar dalam menyampaikan ilmu disini kerana nilaian disisiNYA amat tinggi dengan segala ujian dan tohmahan yang diterima.En adalah yang terbaik!!!Terima kasih en....

Hmmm,sekaranfg dah dekat jam 8.30 pagi,dalam jam 9.00 pg kene pergi jumpa ustaz untuk selesaikan satu amanah,lepas tu...kene naik bas plok pergi pekan.Maklumlah...bt mse sekarang ni,FKEE dan FKM yang mula2 belajar disana sebelum diikuti oleh fakulti lain.

OK,sampai disini dulu,
p/s:JOm kite solat dhuha...sentiasa istiqamah mengamalkannya,insyaALLAH...banyak kelebihan yang ALLAH janjikan.

Wassalam.

Thursday, February 11, 2010

...............................

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua...

Sebenarnye,saya tidak tahu apa isi yg hendak dicoretkan disini.Seperti banyak hendak diceritakan,tetapi seakan kosong bila ingin menaip.Mungkin itu petande xder bakat menulis kot.huhu.

Sekarang dah 11 hb 2,dah hmpir 2 bulan saya memulakan sem baru di bumi UMP tercinta ni.InsyaALLAH,13 hb ni bermula cuti sempena Raya Cina sekali dengan cuti semester. Seminggu dapat duduk dirumah.Syoknyer...Pada waktu cuti macamni,akan ramailah mereka yang mengadakan kenduri terutama kenduri kahwin.ALHAMDULILLAH!!!seorang sahabat sebaya saya akan mengambil bahagian dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini .Jea, insyaALLAH akn melangsungkan perkahwinann dengan plihan hati dari Selangor.Semoga kalian berbahagia selamanya dan saya doakan majlis nanti berjalan lancar.Tunggu kami sampai umah nnti yer jea!!!Xsabar nak makan masi minyak jea:)

Baru sebentar tadi kami selesai berbincng strategi tuk pg umah jea,Semoga perjalanan kami berjalan lancar dan selamat samapai di sana.Amin...

Friday, January 8, 2010

Apa kata hati....


Bismillahirrahmanirrahim....

Apa kata hati..
Ungkapan seribu makna,
Merungkai segala persoalan,
Menjawab segala pertanyaan,
Menyimpan segala isi hati,

Apa kata hati,
Jari jemari terus pantas menaip,
Ingin....
Menceritakan rahsia hati.

Puas bermain fikiran,
Xbisa juga diceritakan disini,
Sekadar merungkai persoalan hati,
Sebenarnya diri ini menyimpan banyak rasa hati,

Hanya rahsia antara Aku dan DIA,
Kerana...
andai aku tersilap bicara,
andai aku tersilap andaian,
rosaklah diri ini...
Kerana ia sampai pada mereka yg xsepatutnya.

Kepercayaanku padaNYA,
Walau aku silap bicara,
Walau aku silap andaian,
Aku mampu memohon keampunan dariMU,
Sesungguhnya Engkau yg bisa menunjuk jalan kpdku,

Engkau YA ALLAH...
tempat mengadu sekalian makhluk,
Kerana...
Kami adalah hambaMU,
Ya ALLAH.